Monday 2 March 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN MINGGU KE-8

TARIKH       : 02 MAC 2015
HARI            : ISNIN
MASA          : 7.40 -8.10 PAGI

GURU BERTUGAS: 

            1) PN. NURUL HANIS BINTI NOH
            2) PN. NOOR ASIAH BINTI MOHD YUSOFF
            3) EN. ZULHILMI BIN NAWAWI
            4) PN. NOR SABARIAH BINTI AWANG NGAH
            5) PN. FAUZAN BINTI MUHAMAD
            6) PN. NUR IZZATI BINTI MUHAMMAD HAIRI

KEHADIRAN GURU:  32/37 ORANG

GURU TIDAK HADIR:
  1. EN. ROSDIN BIN IBRAHIM(TAKLIMAT DI PPD)
  2. EN. HASSAN HELMIN BIN YAACOB(MEMOHON PENANGGUHAN)
  3. PN. SITI NORHAZWANI BINTI ZAINOL(CUTI SEPARUH GAJI)
  4. NURUL HIDAYAH BINTI WAHID @ AB WAHID

LAPORAN
1. Nyanyian 2 buah lagu iaitu lagu `Negaraku' dan lagu `Negeri Selangor'.
2. Bacaan doa oleh Adik Fahmi bin Saipo.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh Pn. Nurul Hanis binti Noh.
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Murid, Adik 
Abdul Syamir bin Abdul Salim.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Nurul `Aqilah binti Mohd Tahir
    i) Disiplin murid pada awal pagi dan semasa berada di Pusat Sumber Sekolah
-    Sebelum perhimpunan pagi, murid-murid berlari di tapak perhimpunan. Beliau memberi teguran kepada semua murid termasuklah murid-murid Tahun 4, 5 dan 6. Kecederaan telah dialami oleh seorang murid Tahun 2 Anggerik semasa berlari di dalam kelas.
-    Ketika  berada di Pusat Sumber Sekolah, murid-murid berbuat bising termasuklah dalam kalangan murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.   
    ii) Kebersihan
         -    Pastikan pakaian murid sentiasa kemas, lengkap dan bersih.

        
6. Ucapan guru bertugas minggu ini.
    Pn. Nurul Hanis memperkenalkan guru-guru bertugas sepanjang minggu ini.
    Tema pada minggu ini ialah `Menghormati Guru'.
·              Murid-murid perlu menghormati semua guru.
              i) Guru tidak pernah jemu untuk terus menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-              murid. Ilmu yang disampaikan kepada murid-murid dapat digunakan sampai bila-                  bila.
              ii) Di sekolah, guru adalah sebagai pengganti ibu bapa. Murid-murid hendaklah                         menghormati guru-guru supaya ilmu pengetahuan yang diperoleh akan mendapat                   keberkatan. 

                  Murid-murid perlulah:
               i) Memberi tumpuan  dan tidak bermain atau berbual-bual semasa guru mengajar di                   dalam kelas.
 i            ii) Belajarlah dengan bersungguh-sungguh  
ii           iii) Apabila seseorang guru  memerlukan pertolongan, murid-murid,hendaklah dengan                segera memberi pertolongan dan tidak bersikap berat tulang. 
 i           iv) Apabila bercakap dengan guru-guru, murid-murid hendaklah mengamalkan nilai                   kesopanan serta tidak menengking dan sebagainya.
v            v) Apabila seseorang guru memberi teguran, murid-murid hendaklah sentiasa bermanis             muka dan menganggap teguran itu sebagai nasihat.. Tujuannya adalah untuk                           mendidik murid-murid menjadi insan yang berjiwa luhur dan mulia. 
v           vi) Apabila bertemu dengan guru-guru, murid-murid hendaklah memberi salam kerana               orang yang memberi salam itu lebih baik daripada orang yang menjawab salam. 

             Ucapan Guru Besar 

            i) Guru Besar mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana kita masih diberi              peluang kesihatan untuk hadir ke sekolah pada hari ini.  
           ii)  Guru-guru adalah sebagai pengganti ibu bapa ketika murid-murid berada di sekolah.             Budaya menghormati guru adalah sangat penting dalam kehidupan. 
 i        iii) Murid-murid hendaklah memberi salam apabila bertemu dengan seseorang guru.
          iv) Apabila guru sedang bercakap di hadapan, murid-murid hendaklah mendengarnya                  dengan  baik. 
           v) Sebarang kes buli hendaklah dilaporkan kepada guru-guru atau guru disiplin                          supaya tindakan dapat diambil dengan segera. Waktu pulang dari sekolah                                perlu tepat pada masanya iaitu 1.40 bagi murid-murid Tahap 2. 

             Ucapan Guru Bimbingan dan Kaunseling  

             Sempena Program Guru Penyayang, pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan           dan Kauseling meraikan majlis sambutan hari lahir bagi murid-murid yang dilahirkan             pada bulan Februari . 

             Ucapan Guru Baharu   

              Ustazah Nik Asmah memperkenalkan diri kepada semua guru dan murid.







Amalan Guru Penyayang oleh guru-guru yang bertugas


Ucapan Guru Bertugas dan Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Nurul Hanis binti Noh


Nyanyian lagu `Negaraku' dan lagu 'Negeri Selangor' yang dipimpin oleh Pn. Norwati binti Mohammad Supian
Bacaan Ikrar oleh Ketua Murid yang dipimpin oleh Adik Abdul Syamir bin Abdul Salim 
Bacaan doa oleh Adik Fahmi bin Saipo

o
Barisan guru-guru
Ucapan Guru Besar
Ucapan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pn. Nurlizawati





Penyampaian Cenderamata kepada Murid-murid yang Lahir pada Bulan Februari
 
Guru baharu Ustazah Nik Asmah binti Ruman memperkenalkan diri

Laporan disediakan oleh,
PN. NOR SABARIAH BINTI AWANG NGAH










No comments:

Post a Comment