Tuesday 24 March 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE -10


TARIKH       : 23 MAC 2015
HARI            : ISNIN
MASA          : 7.40 -8.10 PAGI

GURU BERTUGAS: 

1)    Puan Yatimah Binti Abdul
2)    Puan Nor Herda Irdiawaty Binti Basiran
3)    Mohd Faizul Bin Zakaria  
4)    Puan Siti Nurhazwani Binti Zainol

KEHADIRAN GURU:  35/37 ORANG

GURU TIDAK HADIR:

Puan Herda Irdawaty Binti Basiran (Ujian Proeltc)
Puan Siti Norhazwani Binti Zainol (Cuti Sakit)


Laporan

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu `Negaraku', lagu `Negeri Selangor' dan lagu “Sekolah”.
2. Bacaan doa oleh Adik Fahmi Bin Saipo.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara yang dipimpin oleh
Puan Yatimah Binti Abdul.
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Murid, Adik 
Abdul Syamir bin Abdul Salim.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Encik Hassan Helmi Bin Yaacob

 i.       Terdapat segelintir murid yang masih tidak pandai mengurus masa rehat   dengan bijak,  menyebabkan terjejas waktu pembelajaran.
    ii.      Elakkan perlakuan berunsur lucah.
   iii.      Murid-murid diminta mengamalkan membaca dan kurangkan membuat bising. 


6. Slot Anti Dadah oleh Puan Norwati Binti Muhammad Supian .

 i.   Rokok mengandungi bahan yang dipanggil tembakau di dalamnya. Bahan ini sangat  merbahaya kepada kesihatan badan.
ii.     Nikotin di dalmnya menyumbang kepada ketagihan.
iii.  Rokok juga membahayakan orang lain yang menyedut sisa hembusan dari perokok.

7. Kempen kesedaran terhadap bahaya demam denggi.

i.         menjaga kebersihan persekitaran rumah supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.
ii.       Segera berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda awal demam denggi.


8. Ucapan PK HEM, Encik Rosdin Bin Ibrahim

i. Penghayatan tentang program The Champion, murid perlu berdisiplin untuk menjadi champion dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi.
ii. Jangan terlibat dengan dadah, murid dinasihatkan supaya menjauhi dan jangan   sesekali mencuba merokok kerana kesannya akan menyebabkan ketagihan.
iii.Murid diminta supaya menjaga sahsiah, hormat ibu bapa, hormat guru dan menjaga penampilan diri setiap masa, samaada di sekolah ataupun di rumah.




                                    Penyerahan banner Program The Champion oleh
                                    Guru Besar En. Sukimin b Juki



                                   Ucapan guru bertugas minggu lepas Ustaz Hassan Helmy



                                   Nyanyian lagu Negaraku oleh murid-murid SEDERAP



                                    Bacaan doa oleh adik Fahmi bin Saipo







Disediakan oleh :
NOR HERDA IRDIAWATY BT BASIRAN
















No comments:

Post a Comment