Monday, 9 January 2017

Kalender Persekolahan dan Kalender Akademik Sekolah 2017

Sebagaimana yang dimaklumi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8 Tahun 2016 Kementerian Pendidikan telah memberi kuasa kepada sekolah untuk menentukan bilangan minggu Kalender Akademik sekolah masing-masing. Ini selari dengan perubahan kaedah perkiraan pembelajaran dan pengajaran daripada berasaskan minit seminggu kepada jam setahun. Sehubungan itu SEDERAP telah memutuskan untuk melaksanakan 34 minggu Kalender Akademik.


Ini bermakna waktu persekolahannya (waktu datang dan waktu balik) tidak jauh berbeza berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.  Hanya Tahap 1 yang mengggunakan DSKP KSSR (Semakan 2017) yang akan balik lewat 1 masa sekali dalam seminggu iaitu pada hari Isnin.  Untuk memastikan murid Tahap 1 pada tahun 2017 ini balik sama setiap hari maka murid Tahun 2 dan Tahun 3 akan menjalani aktiviti Saintis Muda pada pukul 1.00 hingga 1.30 petang setiap hari Isnin.

No comments:

Post a Comment