Monday 16 January 2017

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 3


Tarikh : 16 Januari 2017
Masa : 7.40-8.10 Pagi
Hari : Isnin

Guru Bertugas
1) CIK SALWA BINTI MOHD HADI 
2) PN. NOR HERDA IRDIAWATY BINTI BASIRAN
3) PN. SYAJARATUDDUR BINTI MAHAMOD
4) PN. NURUL RUHAMAAK BT AB RAHMAN
5) PN. NORLIZAWATI BT MOHD RAZALI

Pengacara Majlis : Cik Salwa Binti Mohd Hadi
Pembaca Doa : Amirul Hakim
Pembaca Ikrar : Zarif Hashimi.

Laporan guru bertugas minggu lepas.
Guru : Pn. Siti Norhazwani bt Zainol.
1. Murid diminta beratur semasa membeli makanan dan juga menjaga kebersihan di kantin (selepas makan, letak pinggan dan gelas ke dalam besen yang disediakan)
2. Murid diingatkan  supaya tidak membuat bising semasa berada di dewan terbuka dan tidak berada di kedai buku selepas loceng berbunyi. Murid boleh ke kedai buku semasa waktu rehat sebelum loceng berbunyi.
3. Murid diingatkan mengenai keselamatan diri semasa melintas jalan raya supaya tidak berlaku kemalangan.


Ucapan Pentadbir
Pentadbir : Pn. Maznah bt Mohd Noor.
1. Meminta murid menjaga dan melabelkan alat tulis atau sebagainya jika berlaku kehilangan barang, barang dapat dipulangkan.
2.Menjaga keselamatan diri samada berada di jalan raya,dalam kawasan sekolah dan juga kelas. Murid dinasihatkan supaya tidak berdiri di atas kerusi dan melompat ke bawah. 
3. Murid dilarang memanjat tembok dan untuk melihat ke tingkat bawah.
4. Jadual waktu baru diedarkan dan ditampalkan di kelas.
5. Ketua atau Penolong Ketua Kelas diminta memanggil guru mata pelajaran jika guru tersebut terlambat masuk ke kelas atau berjumpa dengan puan Maznah.
6. Murid sepatutnya sudah mempunyai buku aktiviti yang mencukupi dan boleh membeli di kedai buku jika tidak mempunyai buku aktiviti.




Bacaan doa 


Laporan minggu lepas oleh Pn. Siti Norhazwani


Ucapan Pentadbir

No comments:

Post a Comment