1. PERAKUAN WARIS
PERAKUAN
KEBENARAN WARIS MENYERTAI PROGRAM
SEKOLAH
Saya
......................................................................... No.
Kad pengenalan..........................................
beralamat di
.......................................................................................................................................
No. Telefon
..............................................mengaku adalah waris kepada murid
bernama di bawah:
Nama Murid : ......................................................................................................................
Kelas / Tahun :
..................................No. Kad Pengenalan /S.Lahir
....................................
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran
Putra
Saya dengan ini
memberi kebenaran bertulis saya kepada anak / jagaan saya untuk menyertai:
Nama Program AKTIVITI KOKURIKULUM 2017
Tempat SK DESA PINGGIRAN PUTRA
Hari RABU
Masa 02.30 -04.30 PETANG
Nama Program 1 SEKOLAH 1 SILAT
Tempat SK DESA PINGGIRAN PUTRA
Hari RABU
Masa 04.30 – 6.00 PETANG
2. Saya difahamkan bahawa
soal keselamatan dan disiplin sentiasa diberi perhatian sewajarnya oleh Guru
/Pegawai/ Urusetia yang diamanahkan. Sekiranya kesihatan anak /jagaan saya
terganggu dalam masa program , maka saya dengan sepenuh hati membenarkan Guru /
Pegawai/ Urusetia menguruskan bagi pihak saya untuk mendapatkan rawatan
perubatan.
3. Saya dengan ini
mengakui bahawa murid di atas ADA /TIDAK
ADA* mengidap penyakit kronik/ berjangkit. Nyatakan (jika ada)
...............................................................................
* potong yang tidak berkenaan
Tarikh : ............................ Tandatangan
Ibu Bapa / Penjaga/ Waris ..........................
PENGAKUAN SAKSI
Saya dengan ini
memperakukan bahawa sepanjang pengetahuan saya, segala keterangan di atas
adalah benar.
Tarikh: .............................. Tandatangan Saksi
:........................................................
Nama : ...............................................................
No
Kad Pengenalan :
..................................................
Disahkan oleh
Pengetua/ Guru Besar / Cop Rasmi
...............................................................
Borang ini perlu ditandatangani oleh ibu bapa / penjaga murid-murid untuk membenarkan anak di bawah jagaannya menyertai aktiviti kokurikulum yang akan bermula pada 11 Januari 2017. Pemakluman ini penting bagi memastikan anak tuan/puan hadir ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum mengikut jadual yang telah dipost sebelum ini. Aktiviti kokurikulum dilaksanakan pada hari Rabu untuk murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja.
Untuk murid-murid Tahun 4 dan murid baharu Tahun 5, 6 telah diberikan borang pilihan aktiviti kokurikulum bagi Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan Permainan. Buatlah pilihan untuk 3 unit tersebut berdasarkan minat, kemahiran dll. Penyediaan Pakaian Beruniform berdasarkan pilihan Unit Beruniform.
2.PROGRAM 1 SEKOLAH 1 SILAT
Program 1Sekolah 1 Silat adalah inisiatif daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Tujuan adalah untuk mengembangkan bakat dan minat dalam seni silat dari peringkat sekolah hingga antarabangsa.
Program ini beroperasi di bawah unit Kokurikulum (Pasukan Beruniform). Penyertaan dalam program ini adalah terbuka untuk semua murid Tahun 4,5 dan 6. Ia juga merupakan markah ektrakokurikulum (10%). Jika anak tuan/puan berminat bolehlah menyertai program ini yang akan dilaksanakan selepas aktiviti kokurikulum mulai jam 4.30-6.00 petang. Jurulatihnya adalah dari PESAKA.
3. BUKU REKOD PAJSK
Semua murid Tahun 4 dan 5 perlu ada buku rekod PAJSK ini yang bertujuan untuk digunakan semasa aktiviti kokurikulum. Buku ini akan dibawa hingga Tahun 6. Semua rekod pencapaian dan kehadiran serta penglibatan murid akan direkodkan dalam buku ini. Boleh dibeli melalui kedai buku sekolah dengan harga RM 6.00.
Bagi murid-murid Tahun 6 perlu ada Kad Kokurikulum yang boleh dibeli di sekolah.
Terima Kasih.
Salmah Ismail
PK Kokurikulum
SK Desa Pinggiran Putra
No comments:
Post a Comment