Tuesday, 31 January 2017

NOTIS PERUBAHAN LALULINTAS

Drop Zone A - kenderaan dari arah Kg. Limau Manis, Jalan 1 - Jalan 3 dan Jalan 4/1
Drop Zone B - Kenderaan dari arah  Jalan 4A (Pasar malam/gerai makanan) dan Jalan 5

Assalamualaikum
Berdasarkan beberapa insiden kemalangan dan kesesakan lalu lintas di hadapan sekolah, pihak sekolah dengan PIBG telah mengadakan perbincangan bersama Persatuan Penduduk Persiaran 5 (Fasa 1) Desa Pinggiran Putra pada 20.1.2017.
Hasil daripada perbincangan tersebut, keputusan telah dibuat seperti berikut:
Bermula 1 Februari 2017, sistem lalu lintas di hadapan sekolah akan mengalami perubahan pada waktu puncak (6.45 pagi hingga 7.45 pagi sahaja).

  1. Jalan di hadapan sekolah akan dibuat jalan mati. Ini bermakna kenderaan dari arah kiri dan kanan akan membuat pusingan U selepas menurunkan anak masing-masing di Drop Zone yang ditetapkan
  2. Menurunkan anak/penumpang hanya di kawasan Drop Zone. Tidak dibenarkan memarkir kenderaan. Adalah penting agar tiada sebarangan lengahan di sini bagi membantu kenderaan berikut mengambil giliran dengan lancar.
  3. Lalu lintas akan dikawal oleh 2 orang pengawal keselamatan.
Penambahbaikan akan dibuat dari masa ke semasa berdasarkan cadangan, pandangan dan pemerhatian yg dibuat.
Kerjasama, tolak ansur dan keprihatinan semua ibubapa/penjaga amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

PIBG SEDERAP

*Notis ini juga telah dihantar ke Kumpulan WhasApp KSIB kelas masing-masing

1 comment:

Blogger said...

Use this diet hack to drop 2 lb of fat in just 8 hours

Well over 160000 women and men are using a simple and secret "liquid hack" to burn 2 lbs every night as they sleep.

It's scientific and works on anybody.

Just follow these easy step:

1) Grab a glass and fill it up with water half the way

2) And now do this amazing hack

you'll become 2 lbs skinnier the very next day!

Post a Comment