Monday 9 January 2017

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI 9 JANUARI 2017




Tarikh             : 9 Januari 2017
Masa              : 7.40 - 8.10 pagi
Hari                 : Isnin

Guru bertugas:
1. Ustaz Hassan Helmin Bin Yaacob
2. Pn Siti Norhazwani Binti Zainol.
3. Pn Sha’azrina  Binti Mohd Imran
4. Pn Noor Hayati Binti Miswan
5. Pn Wan  Salawati Binti Wan Md Nor

Pengacara majlis      : Ustaz Hassan Helmin Bin Yaacob
Bacaan doa               : Alif Firhan
Bacaan ikrar murid   : Muhammad Amirul Hakim B. Zamri

Taklimat guru bertugas minggu lepas :
Guru : Puan Atirah Binti Mustafa

1.    Murid-murid tahap 2 diminta menepati masa sewaktu rehat dan beratur di dewan terbuka.
2.    Murid-murid juga diminta agar tidak hadir lewat ke sekolah pada waktu pagi.

Taklimat guru disiplin:
Guru: Cik Salwa Binti Mohd Hadi

1.    Murid –murid diminta hadir ke sekolah pada setiap hari  sebelum pukul 7.30 pagi. Murid-murid  yang datang lewat nama akan dicatat oleh pihak sekolah. Sekiranya tidak hadir  3 hari berturut-turut surat amaran kan dikeluarkan.
2.    Murid- murid diminta mengamalkan budaya memberi salam. Amalan budaya salam dan bersalam amat digalakkan. Apabila berjumpa dengan guru atau orang yang lebih tua murid hendaklah memberi salam samada "Assalamualaikum" atau "Selamat sejahtera" atau apa-apa juga ucapan yang sesuai. Juga digalakkan memberi salam sesama rakan di sekolah.
3.    Murid-murid diminta tidak membuang sampah  merata-rata dan hendaklah membuang sampah  ke dalam dalam tong sampah.

Taklimat guru bertugas:
Guru: Ustaz Hassan Helmin Bin Yaacob

1.    Murid-murid  diperkenalkan dengan seorang guru baharu iaitu  Cik Nanthini.

Ucapan pentadbir:
Guru:En Sukimin B. Juki – Guru Besar


1.       Ucapan alu-aluan oleh Guru Besar  kepada guru-guru dan murid-murid.
2.      Beliau  memperkenalkan Guru Penolong Kanan kepada murid-murid baharu.
3.      Beliau meminta agar murid-murid  berlaku jujur pada diri sendiri
4.      Beliau memberitahu bahawa pada minggu ini akan di adakan beberapa aktiviti iaitu :
a)    Pada hari Rabu akan diadakan mesyuarat agong bagi setiap kelab dan persatuan.
b)    Latihan merentas desa akan dijalankan.
c)    Pada hari jumaat akan diadakan sambutan Maulidur Rasul.

5.      Beliau meminta murid agar memberi ucapan hormat  yang betul untuk guru bukan islam.

PROGRAM SAINTIS MUDA
Diadakan pada pukul 1.00 hingga 1.30 pada hari Isnin untuk murid-murid tahun 2 dan 3
berkonsepkan ketumpatan  objek.


Ucapan Guru Besar


Sesi berkenalan bersama guru baharu
Cik Nanthini
Bacaan ikrar

Program Saintis Muda
                                                               

1 comment:

Blogger said...

If you're trying hard to burn fat then you need to get on this totally brand new custom keto meal plan.

To create this keto diet, certified nutritionists, personal trainers, and professional cooks united to produce keto meal plans that are powerful, painless, economically-efficient, and satisfying.

Since their launch in early 2019, 100's of clients have already transformed their body and well-being with the benefits a smart keto meal plan can provide.

Speaking of benefits; clicking this link, you'll discover eight scientifically-confirmed ones offered by the keto meal plan.

Post a Comment