Monday 17 April 2017

MESYUARAT AJK PEWARIS PRASEKOLAH BIL.1/2017



Tarikh      : 8 April 2017 (Sabtu)
Masa        : 8.30 pagi
Tempat    : Bilik Mesyuarat  SK Desa Pinggiran Putra
Pengerusi : En. Johan Cruyff @ Mohd Johari bin Md Nordin (PEWARIS Prasekolah)


Agenda     :
  1.  Ucapan Aluan Pengerusi
  2.  Ucapan Penasihat
  3. Penerangan KSPK Semakan (oleh Pn. Nurulhanis)
  4. Aktiviti Tahunan Prasekolah
  5. Hal-hal Lain
  6. Penutup
Kehadiran:
  1.  En. Sukimin bin Juki                                                   Guru Besar (Penasihat)
  2.  Pn. Maznah binti Mohd Noor                                      Pen. Kanan Pentadbiran
  3.  Pn. Nurulhanis binti Noh                                             Guru Prasekolah (Setiausaha)
  4.  Pn. Wan Salawati binti Wan Md. Nor                         Guru Prasekolah (Bendahari)
  5.  Pn. Rosmalina binti Alkarimiah                                  Naib Setiausaha
  6.  Pn. Rosilawati binti Ahmad                                         Naib Bendahari
  7.  Pn. Maizara binti Mahat                                               AJK
  8.  Pn. Nor Hastiwa binti Abdullah                                   AJK
  9.  Pn. Zulaikha binti Daud                                               Pembantu Pengurusan Murid (AJK)
  10.  Cik Nur Afizah binti Azmi                                          Pembantu Pengurusan Murid (AJK)

Tidak Hadir :

  1. Pn. Siti Khadijah binti Ismail                                        Naib Pengerusi
  2. En. Mohd Shaharum Shah bin Mohamed                      AJK

Pada 8 April 2017 yang lalu, Mesyuarat AJK Pewaris Bil. 1/2017 telah dilaksanakan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Johan Cruyff yang merupakan wakil Pewaris Prasekolah untuk tahun ini. Mesyuarat telah dimulakan dengan sesi perkenalan antara semua AJK Pewaris yang telah dilantik memandangkan ini merupakan mesyuarat yang pertama untuk AJK Pewaris pada tahun ini.

Antara keputusan yang diambil dalam mesyuarat ini ialah ;

  • Melaksanakan lebih banyak aktiviti projek di prasekolah.
  • Melibatkan ibu bapa dalam aktivti prasekolah seperti Sambutan Hari Jadi, Lawatan Prasekolah, Sesi P&P prasekolah (yang melibatkan projek), Hari Sukan Sekolah dsb.
  • Mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa pada 22 April 2017 (Sabtu) untuk membincangkan Program Gotong-Royong Prasekolah.
  • Antara aktiviti yang telah dirancang untuk Program Gotong-Royong Prasekolah nanti ialah Pembinaan 'Zebra Crossing', Keceriaan Tandas dan Satu Murid, Satu Pokok. Setiap aktiviti tersebut telah dilantik ketua dan penolong di kalangan AJK Pewaris.

Mesyuarat berakhir pada jam 11.00 pagi

Mesyuarat AJK Pewaris Bil. 1/2017 yang dipengerusikan oleh En. Johan Cryuff


Perbincangan antara Pengerusi dan Penasihat (En. Sukimin bin Juki)

En. Sukimin bin Juki selaku Penasihat  menyampaikan sepatah dua kata..

Antara AJK Pewaris yang hadir..

Jamuan ringan

Bergambar kenang-kenangan..





1 comment:

Blogger said...

As stated by Stanford Medical, It is really the ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh on average 42 pounds lighter than we do.

(And realistically, it has totally NOTHING to do with genetics or some secret exercise and really, EVERYTHING to about "how" they are eating.)

BTW, What I said is "HOW", and not "what"...

Click this link to find out if this quick questionnaire can help you release your real weight loss potential

Post a Comment