Takwim SEDERAP

... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Monday, 22 June 2015

Sukan Tahunan Kali ke-2 SEDERAP

Tahniah diucapkan kepada rumah Laksamana (Merah) kerana sekali lagi dinobatkan Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-2 SEDERAP. Sebanyak 64 acara dapat dipertandingkan sepanjang sukan tahunan pada kali ini. Sebanyak 28 acara telah dilangsungkan awal sebelum kejohanan sukan bermula. Perasmian pembukaan dirasmikan oleh Tuan Haji Mutalib bin Tomran Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang. Manakala Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Y.B. Tuan Shahrum Bin Dato' Haji Mohd Sharif. 

Kejohanan Sukan Tahunan SEDERAP kali ke-2 ini juga diserikan dengan maskot BSN sempena pelancaran Sihathon.
JOHAN KESELURUHAN RUMAH LAKSAMANA (MERAH)

NAIB JOHAN RUMAH BENDAHARA (HIJAU)

TEMPAT KETIGA RUMAH TEMENGGONG (BIRU)

TEMPAT KEEMPAT RUMAH SHAHBANDAR (KUNING)


Perasmian Penutupan YB Tuan Shahrum bin Mohd Syarif ADUN Deangkil
Pelancaran Sihaton oleh Timb.PPD Sepang Tuan Haji Mutalib bin Tomran
Olahragawan Sekolah Nurhakim Bin Ahmad Zahir
Olahragawati Sekolah Faseha binti Saipo

No comments:

Post a Comment