Tuesday 16 June 2015

MARHABAN YA RAMADAN : MAKLUMAN PENTING


         Sempena kedatangan bulan Ramadan Al Mubarak yang dijangka pada 18 hb. Jun 2015 bersamaan hari Khamis ini, kami warga SEDERAP ingin merakamkan ucapan  selamat menjalani ibadat puasa di bulan yang penuh dengan Barokah dan Maghfirah ini.
       Sehubungan dengan itu beberapa makluman penting sepanjang bulan puasa ini. Antaranya;

1. Sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa.Tiada pindaan dari segi jadual pdp dan waktu balik sekolah.

2. Mata pelajaran yang melibatkan gerak kerja fizikal seperti Pendidikan Jasmani di tangguhkan. Pdp hanya dijalankan di dalam bilik darjah dalam bentuk teori sahaja.

3. Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah. Pakaian sukan dan pendidikan jasmanai tidak dibenarkan dipakai sepanjang bulan Ramadan.

4. Kegiatan Kokurikulum ditangguhkan sepanjang bulan Ramadan.

5. Sepanjang bulan puasa kantin sekolah tidak beroperasi . Tiada sebarang jualan makanan dibenarkan. Namun begitu Murid Tahun 1 yang tidak berpuasa (kami menggalakkan mereka belajar berpuasa) dibenarkan membawa makanan dari rumah. Begitu juga bagi murid-murid yang lain adalah digalakkan berpuasa.

6. Segala perubahan, pindaan  dan makluman lain akan diberitahu oleh pihak sekolah.


No comments:

Post a Comment