Friday 5 June 2015

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Tahun 6 dan Hari Jalinan Mesra


SK Desa Pinggiran Putra telah menerima kunjungan ibu bapa sempena Majlis Permuafakatan Ibu Bapa/Penjaga Tahun 6 dan Hari Jalinan Mesra pada 29 Mei 2015(Jumaat). Majlis Permuafakatan dimulakan pada jam 8.30 pagi di Dewan Ibnu Sina. Majlis yang dikendalikan oleh Ustaz Hassan Helmin bin Yaacob ini dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Tn Hj. Zulhilmi bin Nawawi. Acara diteruskan dengan ucapan daripada Guru Besar, En. Sukimin bin Juki. Selanjutnya pula ialah pembentangan laporan prestasi Percubaan UPSR kedua (OTI1) oleh Penolong Kanan, Pn Maznah binti Mohd Noor. Ibu bapa juga diberi ruang untuk mengajukan soalan dan cadangan semasa majlis ini berlangsung. Berikutnya pula ialah sesi menandatangani slip keputusan peperiksaan Percubaan UPSR 2.

Mulai jam 10 pagi pula berlangsung perjumpaan ibu bapa/penjaga Tahun 1 hingga 5 di kelas anak masing-masing bagi menandatangani slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan berdiskusi mengenai perkembangan pelajaran anak-anak.

Kehadiran Ibu Bapa/Penjaga Murid mengikut kelas:

Kelas

Kehadiran

Peratus

6 UKM 17/27 63
6 UPM 22/28  78
5 Marikh 29/39  74
5 Utarid 26/26  100
4 Alza 21/30  70
4 Exora 14/21  66
3 Amanah 29/33  87
3 Bestari 28/33  84
2 Bakawali 33/37 89
2 Anggerik 34/34  87
1 Cheetah 30/33  90
1 Puma 22/28  78
1 Jaguar 18/23  78
Adik Pintar 23/25  92
Adik Cerdik 22/25  88
Keseluruhan 368/447 82



        

 

Pembentangan Keputusan Percubaan UPSR 2
Sesi Soal Jawap
Ibu Bapa/Penjaga dan Murid-Murid Tahun 6
    
Ibu Bapa Prasekolah Adik Cerdik





Kaunter Sumbangan PIBG 


Kelas 5 Marikh


Kelas 5 Marikh


Kelas 5 Utarid


Kelas 1 Jaguar


Kelas 1 Puma

Bapa yang sabar menanti giliran

Kelas 1 Cheetah

Kelas 2 Anggerik


Kelas 1 Puma



Kelas 4 Exora

Kelas 4 Alza

Kelas 3 Bestari


Kelas 3 Amanah


Kelas 6 UPM


Kelas 6 UKM










No comments:

Post a Comment