Wednesday 17 June 2015

Ramadan almubarak 1436H yang dinanti.

Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh,

Sempurna kehadiran bulan Ramadan almubarak tahun 1436 H bersamaan 18 Mei 2015M, blog SK Desa Pinggiran Putra ingin berkongsi sedikit maklumat mengenai ibadat berpuasa dan kelebihan bulan Ramadhan.
Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Maka berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan Solat Isyak berjamaah dan Solat Sunat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar.

Pengertian puasa:-

Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Manakala dari segi istilah syarak pula puasa bermaksud "menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar shadiq sehingga terbenam matahari berserta niat".
Dalil syarak yang mewajibkan umat islam berpuasa ialah:-

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ ١٨٣

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183).

Syarat wajib berpuasa:-
1.       Islam
2.       Baligh
3.       Berakal
4.       Sihat
5.       Bermukim (bukan dalam keadaan bermusafir)
6.       Suci (suci dari haid dan nifas)

Syarat sah puasa:-

1.    Islam
2.    Berakal dan mumayyiz
3.    Suci (dari haid dan nifas)
4.    Yakin bahawa sudah tiba bulan Ramadhan


Rukun-rukun puasa:-

1.     Orang yang berpuasa
2.     Niat
3.    Menahan diri daripada melakukan perkara-perkaya yang membatalkan puasa bermulakerluar fajar shadiq sehingga terbenam matahari.

Lafaz niat puasa:-
1.    
   Niat untuk sehari
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku berpuasa esok hari bagi menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah SWT
2.       Niat untuk sebulan
ﻧَﻮَﻳْﺖُ ﺻَﻮْﻡَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ كُلِّهِ ﻟِﻠَّﻪِ ﺗَﻌَﺎﻟَﻰ
Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah SWT.

Waktu berniat puasa:-

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.


Perkara yang membatalkan puasa:-

1.    Memasukkan sesuatu dengan sengaja ke dalam rongga yang terbuka (makan, minum dan sebagainya)
2.    Muntah dengan sengaja
3.    Bersetubuh (waktu siang hari)
4.    Mengeluarkan air mani dengan sengaja
5.    Keluar darah haid atau nifas
6.    HihHilang akal (Seperti gila dan mabuk)
7.    Murtad (Keluar dari islam)

Di antara perkara-perkara yang disunatkan ketika berpuasa:-

1.    Makan Sahur (serta melambatkannya)
2.    Menyegrakan berbuka, disunatkan lagi berbuka dengan buah kurma dan makanan yang manis
3.    Solat terawih pada malam harinya
4.    Memperbanyakkan baca al-quran, selawat dan sedekah
5.    Hindarkan diri dari percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat

Di antara perkara  makhruh ketika puasa:-

1.         Bersuntik
2.         Berbekam
3.         Berkumur-kumur
4.         Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan
5.         Rasa makanan dihujung lidah


   




No comments:

Post a Comment