Thursday 18 June 2015

Perhimpunan Rasmi 15 Jun 2015



Tarikh     : 15 Jun 2015
Masa       :  7.40 pagi - 8.10 pagi
Hari         :  Isnin

GURU BERTUGAS


  1. Pn Fauzan binti Muhamad
  2. Cik Nurul Aqilah binti Mohd Tahir
  3. Puan Umi Nazihah binti Che Ghani
  4. Encik Hazim bin Harun



LAPORAN

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu `Negaraku', lagu `Negeri Selangor' dan lagu  “Sekolah”.
2. Bacaan doa yang dipimpin oleh Adik Fahmi bin Saipo
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya yang dipimpin oleh Puan Fauzan binti Muhamad.
4. Bacaan ikrar murid oleh wakil murid Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Noor Asiah binti Mohd Yusof.
  • Kehadiran murid merosot pada minggu terakhir sebelum cuti. Murid diharapkan dapat menjaga prestasi kehadiran ke sekolah.
  • Kebersihan kelas terutamanya Tahap 1 masih di tahap lemah dan murid digalakkan sentiasa memastikan kebersihan kelas.
  • Budaya memberi salam kepada guru semakin berkurang. Diharapkan murid dapat menambah baik perkara tersebut.

6. Slot Anti Dadah oleh Cik Salwa Abdul Hadi
           
Tajuk : ‘Inhalan’
  • Murid-murid diingatkan agar mengelak daripada menyedut sebarang asap yang berada dipersekitaran mereka terutamanya asap dari lingkaran ubat nyamuk.
  • Racun rumput dan tikus juga perlu digunakan dengan tatacara yang betul kerana penggunaan yang salah boleh memudaratkan kesihatan.
  • Boleh mengakibatkan kerosakan saraf otak dari tabiat tersebut.
7. Ucapan Tuan Guru Besar Encik Sukimin bin Juki
  • Murid-murid diingatkan tentang kepentingan air putih dalam kehidupan seharian dan bagaimana kesan air putih terhadap kesihatan.
  • Murid yang melakukan kesalahan walaupun pada cuti sekolah (program kelas tambahan) tetap akan dipanggil sebagai pengajaran pada murid lain.
  • Mengucapkan selamat kembali ke sekolah untuk penggal dua dan semoga bersedia menempuhi bulan Ramadhan.
8. Majlis ditutup dengan penyampaian hadiah dari KSIB 2 Anggerik kepada murid-murid 2 Anggerik

Adik Fahmi bin Saipo memimpin bacaan doa.
Puan Fauzan mengetuai bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya
Bacaan ikrar murid yang dipimpin oleh Abdul Syamir Ikmal bin Abdul Salim

Bacaan ikrar murid
Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Noor Asiah

Slot anti dadah oleh Cik Salwa

Ucapan Tuan Guru Besar, En. Sukimin






Penyampaian cenderamata kepada murid-murid cemerlang 2 Anggerik oleh KSIB 




No comments:

Post a Comment