Saturday 2 January 2016

HARI ORIENTASI TAHUN 1 2016

Assalamualaikum w.b.t, salam tahun baru 2016 buat semua warga SK Desa Pinggiran Putra. Semoga tahun baru 2016 ini akan menambah semangat dan azam kita untuk lebih berjaya dan cemerlang, insyaAllah, Allahumma Amin.

Seperti sedia maklum, SK Desa Pinggiran Putra telah mengadakan Hari Orientasi Tahun 1 2016, butir program adalah seperti berikut:
             
                Tarikh: 1 Januari 2016
                Hari: Jumaat
                Masa: 7.30pagi-11.30 pagi
                Tempat: SK Desa Pinggiran Putra

Seawal pagi jam 7.30 pagi SKDPP telah dipenuhi dengan kehadiran ibu bapa dan murid malah seisi keluarga berbetulan Hari Orientasi ini diadakan pada hari cuti umum sempena Tahun Baru 2016. Suasana meriah dengan keceriaan anak-anak dan ibu bapa sepanjang program berjalan.

Majlis telah dimulai dengan sesi pendaftaran, taklimat semakan fail murid, taklimat ibu bapa bersama barisan pentadbir, penyerahan buku teks, pembelian buku, serta taklimat akhir daripada penyelaras tahun 1 dan PK HEM. Manakala aktiviti untuk warga baru SKDPP iaitu anak-anak tahun 1 bermula dengan pengagihan kumpulan, taklimat ringkas, sesi suaikenal bersama guru kelas, ujian diagnostik, pengembaraan mengenali kawasan sekolah dan mendengar taklimat akhir sebelum bersurai.

Majlis bersurai pada jam 11.30 pagi. Semoga program yang telah dijalankan sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat berkobar-kobar anak-anak tahun 1 untuk hadir ke sekolah nanti.
Lihatlah corat-coret warna-warni dari bingkisan hari Orientasi tahun 1 2016.

Sesi pendaftaran

Sesi taklimat untuk murid-murid

Taklimat ibu bapa bersama Guru Besar dan barisan pentadbir

Semakan fail murid

Sesi suaikenal bersama guru kelas dan ujian diagnostik


Pengembaraan ke kawasan sekolah

Serahan buku teks dan pembelian buku



Warna-warni Hari Orientasi Tahun 1 2016!
ada yang ceria,ada yang ber'duka'..hihi
.......................................................................................................

Akhir kata,
 jutaan terima kasih buat semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Orientasi Tahun 1 2016 terutamanya jawatankuasa program, Guru Besar, barisan pentadbir, guru-guru, staff, PIBG, ibu bapa dan murid-murid. Moga usaha kita mendapat redha dan berkat Allah, insyaAllah.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH !!!
buat semua warga SK Desa Pinggiran Putra, dan Selamat Maju Jaya!


No comments:

Post a Comment