Tuesday 5 January 2016

PROGRAM MAJU DIRI 2016



Tarikh: 6 hingga 8 Januari 2016
Hari: Rabu hingga Jumaat
Masa: 7.40 pagi hingga 10 pagi

Dimaklumkan bahawa, unit Bimbingan dan Kaunseling, Hal Ehwal Murid SK Desa Pinggiran Putra akan mengadakan program maju diri kepada semua murid tahap 2 pada tarikh,  hari dan masa yang dinyatakan di atas.

Mohon ibu/bapa/penjaga agar mengingatkan kepada anak-anak supaya membawa surat khabar terpakai pada tarikh 6 Januari 2016 (Rabu) untuk aktiviti program maju diri tersebut.

Berikut jadual aktiviti program maju diri:

MASA/HARI
7.40-8.40 pagi
8.40-10.00 pagi
Catatan

Rabu
6.1.2016
-Taklimat PMD kepada murid
-Memperkenalkan kata kunci SEDERAP KHALIFAH HEBAT
(Digunakan sewaktu perhimpunan dan majlis sekolah untuk membantu murid senyap)

(Dataran perhimpunan)
-Fesyenku
*Murid membuat pakaian mengikut kreativiti menggunakan surat khabar.
(kelas)

Khamis
7.1.2016
Menggapai awan
-Membuat replika bangunan menggunakan straw
(kelas)
Pengurusan masa
-membuat jadual belajar
(kelas)

Jumaat
8.1.2016
Senamrobik
(Dataran perhimpunan)

P&P seperti biasa
murid dikehendaki berpakaian sukan 

No comments:

Post a Comment