Monday 4 January 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI 4 JANUARI 2016

Tarikh : 4 Januari 2016
Masa    : 7.40 - 8.10 pagi
Hari     : Isnin

Guru bertugas:
1. Pn Anis Farhah Binti Md Isa.
2. Pn Athirah Binti Mustafa.
3. Pn Fauzan Binti Haji Muhammad
4. Pn Hannah Najihah Binti Razak@Abdul Razak
5. Cik Ili Syahirah Binti Abd Ghani
6. Cik Nik Asmah Binti Ruman

Pengacara majlis     : Pn Anis Farhah Binti Md Isa
Bacaan doa              : Nur Fizri Nazrin Bin Nordin
Bacaan ikrar murid: Ahmad Kamal Bin Mohd Khir

Taklimat guru disiplin:
Guru: Cik Salwa Binti Mohd Hadi

  1. Murid-murid hendaklah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh sekolah. Antaranya: berpakaian sekolah yang bersih dan lengkap dengan lencana sekolah dan tanda nama.
  2. Murid-murid juga hendaklah mematuhi waktu datang dan pulang sekolah. Bagi murid-murid yang lewat akan dikenakan denda.
  3. Sistem merit demirit yang mana murid yang melakukan kebaikan akan mendapat markah manakala murid yang melakukan kesalahan akan ditolak markah. Ganjaran dan hukuman akan dikenakan pada murid tersebut.
  4. Amalan budaya salam dan bersalam amat digalakkan. Apabila berjumpa dengan guru atau orang yang lebih tua murid hendaklah memberi salam samada "Assalamualaikum" atau "Selamat sejahtera" atau apa-apa juga ucapan yang sesuai. Juga digalakkan memberi salam sesama rakan di sekolah.


Ucapan pentadbir:
Guru: En Sukimin Bin Juki - Guru Besar

  1. Ucapan alu-aluan selamat datang kepada semua murid baharu dan juga kepada Pn Nur Afizah Binti Azmi (PPM-Prasekolah) ke SK Desa Pinggiran Putra sesi 2016.
  2. Di sekolah ini terdapat 3 aliran yang berbeza iaitu aliran perdana, aliran pra sekolah dan aliran ppki (bagi murid pendidikan khas)
  3. Murid-murid hendaklah datang ke sekolah mengikut masa yang telah ditetapkan dengan penuh keyakinan dan semangat untuk belajar.
  4. Waktu rehat bagi murid tahun 1 dan 2 ialah pada 9.40-10.00 pagi. Manakala bagi murid tahun 3 hingga 6 adalah pada 10.10-10.30 pagi.
  5. Sesi pengajaran dan pembelajaran (pdp) bermula pada hari ini dan diharap semua guru dan murid bersedia dengan penuh semangat.


Pembahagian kelas bagi murid-murid tahun 1 2016 oleh Pn Norwati Binti Supian (penyelaras program transisi)


Guru bertugas menyambut kehadiran murid. Program Guru Penyayang.


Murid berkumpul sebelum memulakan perhimpunan.


Bersiap sedia untuk perhimpunan 


Bacaan doa


Nyanyian 3 buah lagu iaitu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah.


Murid sedang menyanyi.


Murid sedang berikrar.

Nyanyian lagu


Bacaan ikrar

Taklimat disiplin

Ucapan guru besar

Murid mendengar taklimat dan ucapan
.
Murid mendengar taklimat dan ucapan.

Kata-kata motivasi.

Kata-kata motivasi

Tepuk-tepuk semangat....

Khusyuk mendengar dan menghayati.

Ibubapa

Ibubapa

Guru besar berbincang dengan nazir

Ibubapa.

Pembahagian kelas tahun 1

Pembahagian kelas tahun 1.

No comments:

Post a Comment