Friday 8 January 2016

PROGRAM MAJU DIRI 2016

Pada tarikh 8 Januari 2016, iaitu hari Jumaat, Program Maju Diri diteruskan lagi dengan aktiviti senamrobik pada jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi.   Dengan berakhirnya aktiviti senamrobik tersebut, maka berakhirnya Program Maju Diri untuk murid tahap 2 bagi tahun 2016.  Berikut adalah sedikit penerangan ringkas Program Maju diri.

Program Maju Diri (PMD) ini merupakan program tahunan yang perlu dijalankan pada setiap awal tahun yang dikhususkan pada semua murid-murid Tahap 2 di negeri Selangor. Program ini dirancang khusus untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama antara murid serta meningkatkan pengetahuan kemahiran belajar dan pengurusan diri di kalangan murid-murid Tahap Dua. 

OBJEKTIF PROGRAM

1.              Mengembalikan semula keinginan untuk belajar setelah bercuti dalam tempoh masa yang lama

2.                  Dapat meningkatkan minat untuk belajar.

3.                  Dapat memupuk semangat keyakinan dalam diri.

4.                  Dapat mencungkil bakat dan potensi dalam diri murid.

5.                  Dapat menanamkan rasa insaf dan kenal diri.


PELAKSANAAN PROGRAM 

Tarikh              : 6-8 Januari 2016(Rabu-Jumaat

Tempat            : Kelas Tahun 4, 5 dan 6 dan dataran perhimpunan                                        


JADUAL PROGRAM MAJU DIRI (PMD) TAHUN 4, 5 DAN 6
SK DESA PINGGIRAN PUTRA 2016

MASA/HARI
7.40-8.40 pagi
8.40-10.00 pagi
Catatan

Rabu
6.1.2016
-Taklimat PMD kepada murid
-Memperkenalkan kata semangat " SEDERAP KHALIFAH HEBAT"
(Digunakan sewaktu perhimpunan dan majlis sekolah untuk membantu murid senyap)

(Dataran perhimpunan)
-Fesyenku
*Murid membuat pakaian mengikut kreativiti menggunakan surat khabar.
(kelas)

Khamis
7.1.2016
Menggapai awan
-Membuat replika bangunan menggunakan straw
(kelas)
Pengurusan masa
-membuat jadual belajar
(kelas)

Jumaat
8.1.2016
Senamrobik
(Dataran perhimpunan)

P&P seperti biasa
Semua murid terlibat Tahun 1-6 



AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM MAJU DIRI
2016

PENGERUSI
SUKIMIN B. JUKI ( GURU BESAR )

TIMBALAN PENGERUSI
ROSDIN BIN IBRAHIM (GPK HAL EHWAL MURID)

NAIB PENGERUSI 1
MAZNAH BT MOHD NOOR( GPK KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI 2
SALMAH BT ISMAIL (GPK KOKURIKULUM)


SETIAUSAHA
NORLIZAWATI BT MOHD RAZALI

PENOLONG SETIAUSAHA
NOR HERDA IRDIAWATY BT BASIRAN

AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU TAHAP 2


JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM MAJU DIRI 2016


Jawatankuasa
Spesifikasi Tugas

Taklimat PMD/Memperkenalkan kata semangat kepada murid
Hassan Helmin bin Yaacob
Norlizawati bt Mohd Razali


  • Memberi penerangan ringkas kepada murid tentang PMD
  • Menyelaras dan memperkenalkan kata semangat kepada murid:
*SEDERAP KHALIFAH HEBAT*
-Kata semangat ini akan digunakan oleh semua guru pada setiap majlis di sekolah untuk memastikan murid senyap dan bersedia contoh perhimpunan rasmi.



Fotografi /Publisiti
Nor Herda Irdiawaty bt Basiran (Ketua)
Nurul Hidayah bt Abd Wahid



  • Mengambil gambar semasa program dijalankan di dataran perhimpunan dan di kelas
  • Posting di blog dan facebook sekolah pada hari yang sama


Kawalan Disiplin
Ifahayati bt Ismail(K)
Semua guru tahap 2

  • Memastikan  murid semasa di dataran perhimpunan dan kelas terkawal
  • Memastikan disiplin dan keselamatan murid semasa program berjalan

Senamrobik
Rozayma bt Zaman(K)
Noraida bt Aziz
Athirah bt Mustafa
  • Menyelaras senamrobik kepada semua murid
  • Memastikan lagu yang bersesuaian untuk senamrobik







No comments:

Post a Comment