Friday 15 January 2016

PERKHIDMATAN SEWAAN LOKER




Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman ibubapa, terdapat syarikat yang menyediakan perkhidmataan menyewa lokar untuk murid SEDERAP. Biasanya murid-murid akan menyimpan buku-buku teks yang tidak berkaitan dengan tugasan di loker tersebut bagi mengelakkan dari membawa buku yang banyak setiap hari.

  1. Lokar diletakkan dalam kelas anak masing-masing.
  2. Caj tahunan ialah sebanyak RM120 yang meliputi pembaikian kerosakan dan kehilangan anak kunci.
  3. RM10 dikenakan sebagai deposit kunci (apabila kunci dipulangkan nanti, bayaran ini akan dipulangkan semula).
  4. Ibubapa yang berminat, bolehlah  memuat turun borang di sini atau di ruangan muat turun blog sekolah.
  5. Borang yang telah siap diisi beserta bayaran hendaklah diserahkan kepada guru kelas.
  6. Sila hubungi 011-23504132 untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment