Takwim SEDERAP

... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Monday, 11 January 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI 11 JANUARI 2016








Tarikh           : 11 Januari 2016
Masa                          : 7.40 - 8.10 pagi
Hari               : Isnin

Guru bertugas:
1. Ustaz Zulhilmi Bin Nawawi.
2. Pn Siti Norhazwani Binti Zainol.
3. Pn Sha’azrina  Binti Mohd Imran
4. Pn Nurul Ruhamak Binti Ab Rahman
5. Pn Norlizawati Binti Mohd Razali

Pengacara majlis      : Ustaz Zulhilmi Bin Nawawi.
Bacaan doa                  : Nur Fizri Nazrin Bin Nordin
Bacaan ikrar murid : Ahmad Kamal Bin Mohd Khir

Taklimat guru bertugas minggu lepas :
Guru : Puan Atirah Binti Mustafa

1.       Murid-murid diminta mengangkat pinggan dan gelas selepas makan dan diletakkan di dalam besen yang disediakan.
2.      Murid- murid diminta mengamalkan budaya memberi salam. Amalan budaya salam dan bersalam amat digalakkan. Apabila berjumpa dengan guru atau orang yang lebih tua murid hendaklah memberi salam samada "Assalamualaikum" atau "Selamat sejahtera" atau apa-apa juga ucapan yang sesuai. Juga digalakkan memberi salam sesama rakan di sekolah.
3.      Murid- murid diminta mengingati nombor barisan semasa di tapak perhimpunan dan sentiasa mengamalkan budaya membaca buku.
4.      Murid-murid juga diminta agar tidak berada di dalam  kelas semasa waktu rehat.

Taklimat guru disiplin:
Guru: Cik Salwa Binti Mohd Hadi

1.       Sistem merit demirit  akan mula dilaksanakan kepada murid-murid. Murid yang melakukan kebaikan akan mendapat markah manakala murid yang melakukan kesalahan akan ditolak markah. Ganjaran dan hukuman akan dikenakan kepada murid tersebut. Murid-murid  yang datang lambat ke sekolah  akan ditolak markah.
2.      Pemakaian tanda nama   dan lencana sekolah mestilah dipatuhi oleh setiap murid-murid.



Taklimat guru bertugas:
Guru: Ustaz Zulhilmi Bin Nawawi.

1.       Murid-murid yang memasuki pertandingan  di peringkat daerah haruslah berjumpa dengan Puan Salmah Binti Ismail  atau Ustaz Zulhilmi Bin Nawawi.

Ucapan pentadbir:
Guru: Pn Maznah Binti Mohd Noor – Penolong Kanan Pentadbiran


1.       Ucapan alu-aluan oleh Penolong Kanan kepada guru-guru dan murid-murid.
2.      Beliau meminta agar murid-murid meletakkan pinggan dan gelas di dalam besen yang disediakan.
3.      Beliau mengingatkan murid-murid agar mengenalpasti nombor barisan semasa di tapak perhimpunan.
4.      Murid-murid hendaklah menempah tanda nama  yang tertera nombor pendaftaran sekolah di kedai buku.

5.      Setiap murid hendaklah mengamalkan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong dan hormat menghormati kepada guru-guru  serta rakan-rakan.

BACAAN DOA OLEH  ADIK NUR FIZRI NAZRIN BIN NORDIN
TAKLIMAT GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS OLEH PN ATIRAH BINTI MUSTAFA
BACAAN IKRAR MURID OLEH ADIK AHMAD KAMAL BIN MOHD KHIR

NYANYIAN LAGU NEGARAKU, LAGU NEGERI SELANGOR DAN LAGU SEKOLAH
TAKLIMAT GURU PENOLONG KANAN PN MAZNAH BINTI MOHD NOOR
TAKLIMAT GURU DISIPLIN OLEH CIK SALWA BINTI MOHD HADI


                                                               





No comments:

Post a Comment