Monday 15 February 2016

PERINGATAN : PENJAGAAN KESIHATAN MURID KETIKA CUACA PANAS DAN KERING

         Berdasarkan Kenyataan Akbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 08 Januari 2016 yang lalu, memaklumkan cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah dijangka akan turut dirasai di seluruh Semenanjung pada penghujung Januari hingga Mac 2016. Keadaan yang sama dijangka berlaku di Sabah dan Bahagian Limbang dan Miri di Sarawak.
         Keadaan ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Fenomena El Nino kuat ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan di antara 20% – 60% dan kenaikan suhu sekitar 0.5°C hingga 2.0°C berbanding biasa.
            Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba,
            Sehubungan dengan itu Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 Tahun 2014 KP(BPSH-SPDK)201/005/02/Jld.5 ( 31) bertarikh 26 Februari 2014 memberikan perhatian berat terhadap kepentingan kesihatan dan keselamatan murid.
           Di antara tindakan-tindakan yang perlu  diambil oleh pihak sekolah sekiranya mengalami fenomena cuaca panas adalah seperti berikut;
  1. pihak sekolah akan memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan meraa tidak terjejas
  2. mengalakkan murid membawa bekalan air minuman dan lebih banyak minum air tanpa mengira tahap aktiviti yang dilakukan.
  3. mengawal selia penyediaan dan penjualan air minuman di kantin adalah selamat.
  4. menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensi kesihatan membantu menangani fenomena ini.
  5. melaporkan kes berkaitan kesihatan akibat cuaca panas.

Justeru, kami mengingatkan ibu bapa /penjaga  supaya bersiap sedia dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghadapi masalah ini dan pihak sekolah akan sentiasa memantau sebarang aktiviti di sekolah di dalam situasi cuaca panas ini.


Sekian.

No comments:

Post a Comment