Wednesday 3 February 2016

ANUGERAH KEMAS

Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan Unit Disiplin SK Desa Pinggiran Putra akan melaksanakan satu program iaitu anugerah KEMAS kepada semua murid tahap 1 dan 2.  Anugerah KEMAS adalah singkatan nama untuk:

K:Keterampilan
E:Etika
M:Mematuhi peraturan sekolah
A:Adab
S:Salam

Antara objektif anugerah KEMAS ini dilaksana adalah:

  • Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada murid yang cemerlang dari segi sahsiah.
  • Mendidik murid untuk sentiasa ikhlas dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.
  • Memberi motivasi dan dorongan kepada murid lain untuk turut sama bersungguh-sungguh dalam menjaga tingkahlaku dan  menyelesaikan setiap tugas yang diberikan.
Setiap bulan murid akan dinilai berdasarkan sisitem merit demerit yang dilaksanakan oleh Unit Disiplin.  Setiap awal bulan pada minggu pertama sewaktu perhimpunan rasmi bermula pada bulan Mac 2016, dua orang murid akan dipilih pada setiap aliran untuk menerima anugerah KEMAS.

Pada tarikh 1 Februari 2016, hari Isnin yang lalu, pelancaran program KEMAS telah dilaksanakan.  Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra.  Dengan pelancaran tersebut maka, secara rasminya penilaian terhadap murid untuk program KEMAS dikuatkuasakan bermula tarikh tersebut.

Berikut adalah antara gambar-gambar yang telah diambil semasa pelancaran program anugerah KEMAS:

Taklimat tentang anugerah KEMAS oleh penyelaras
Taklimat tentang sistem merit demerit oleh guru disiplin
Pelancaran anugerah KEMAS oleh Guru Besar
Guru Besar dan PK HEM 





No comments:

Post a Comment