Tuesday 23 February 2016

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI 22 Februari 2016






Tarikh            : 22 Februari 2016
Masa               : 7.40 - 8.30 pagi
Hari                : Isnin

Guru bertugas:
1.  Pn Noor Asiah binti Mohd Yusof
2. Cik Tengku Fairus binti Raja Hassan
3. Cik Nurul Aqilah binti Mohd Tahir
4. Cik Nik Asmah binti Ruman


Pengacara majlis       : Pn Noor Asiah binti Mohd Yusof
Bacaan doa                   : Nur Fizri Nazrin Bin Nordin
Bacaan ikrar murid
 : Ahmad Kamal Bin Mohd Khir

Ucapan guru bertugas minggu lepas :
Guru : Puan Suhaizan binti Che Osman
  1.  Meminta  agar  murid-murid dapat mengangkat  pinggan dan gelas selepas makan dan diletakkan di dalam besen yang disediakan dan memastikan barang-barang keperluan murid seperti botol air dan bekas makanan tida ditiggalkan diatas meja.
  2. Murid- murid diminta mengamalkan budaya memberi salam. Amalan budaya salam dan bersalam amat digalakkan. Apabila berjumpa dengan guru atau orang yang lebih tua murid hendaklah memberi salam samada "Assalamualaikum" atau "Selamat sejahtera" atau apa-apa juga ucapan yang sesuai. Juga digalakkan memberi salam sesama rakan di sekolah.
  3. Murid- murid diminta mengingati nombor barisan semasa di tapak perhimpunan dan sentiasa mengamalkan budaya membaca buku.
  4. Murid-murid juga diminta agar mengurangkan kekerapan pergi ke tandas dan hanya yang betul-betul ingin membuang air sahaja.

     Ucapan  guru disiplin:
Guru: Cik Salwa Binti Mohd Hadi
  • Murid-murid diingatkan supaya tidak mengambil hak orang lain dalam erti kata mencuri kerana perbuatan tersebut adalah salah dan berdosa.Laporan minggu lepas mendapati ada murid-murid yang mencuri di kantin pada minggu lepas dan perbuatan ini sangat memalukan. Murid-murid diingatkan agar jaga tingkah laku dan jangan ulangi kesalahan yang sama.

Ucapan Pentadbir
Guru besar: En Sukimin bin Juki
  • Guru besar mengingatkan murid-murid bahawa matlamat ke sekolah adalah untuk memenuhi matlamat 6 aspirasi pendidikan yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Murid-murid harus menyedari bahawa semua guru-guru SEDERAP amat menyayangi dan mengambil berat terhadap murid-murid.
  • Pelbagai program amalan penyayang diwujudkan antaranya setiap pagi guru bertugas akan menyambut kehadiran murid-murid dan menghantar pulang murid-murid ke pintu pagar sekolah setiap waktu pulang.
  • Program sambutan hari jadi turut diwujudkan setiap bulan untuk murid-murid SEDERAP bagi meraikan dan menghargai murid-murid.


Keputusan Pertandingan kelas terbersih mingguan.
  •  TAHAP 1
  • 3 Bakawali - 86%
  • Tahap 2 
  • 6 Utarid - 84%



Program Guru Penyayang
  • Sambutan hari lahir murid-murid pada bulan Januari.
Perasmian sambutan hari jadi murid dan guru SEDERAP pada bulan Januari.

Kek Sambutan hari jadi 
Penyampaian hadiah hari jadi

Meraikan guru yang menyambut hari jadi.

Murid istimewa sekolah kami
Sambutan hari jadi salah satu program guru penyayang




No comments:

Post a Comment