Tuesday 23 March 2021

LAPORAN BERTUGAS MINGGUAN (MINGGU KEEMPAT)

                  Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua warga Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP). Pada minggu ini, iaitu minggu ke-4 sesi persekolahan kita, merupakan minggu terakhir sebelum mula bercuti sekolah (Cuti Pertengahan Penggal 1) pada minggu yang seterusnya.

                  Pada waktu pertama iaitu waktu perhimpunan pada pukul 7.40 pagi hingga 8.10 pagi, sebelum memulakan PdPc, terlebih dahulu dimulakan dengan Majlis Bacaan Surah Yassin Perdana yang diadakan di dalam kelas masing-masing. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SEDERAP atas kerjasama dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh sekolah mengikut panduan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

                  Kumpulan guru bertugas pada minggu ini terdiri daripada 15 orang guru yang terdiri daripada:

1. Wan Anna Wahidah bt Wan Mat Tahir

2. Fazira bt Ismail

3. Siti Hajar bt Mohd Nasir

4. Tengku Fairus bt Raja Hassan

5. Wan Muhammad Hafiz bin Wan Yasin

6. Sha'azrina bt Mohd Imran

7. Siti Masra bt Abdul Kadir

8. Siti Norhazwani bt Zainol

9. Zulhilmi bin Nawawi

10. Norlizawati bt Mohd Razali

11. Nurul Ruhamaak bt Ab Rahman

12. Nurul Hanan bt Hussin 

13. Nurhafiza bt Mohamad Ramdzan

14. Fauzan bt Hj Muhammad

15. Dayangku Nurhanis bt Awangku Arni


                                             
         Murid-murid hadir ke sekolah mengikut SOP yang ditetapkan


    Penyuraian murid semasa pulang dari sekolah

No comments:

Post a Comment