Monday 15 March 2021

PROGRAM SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ SK DESA PINGGIRAN PUTRA TAHUN 2021/1442H

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 

Alhamdulillah, program Sambutan Israk dan Mikraj telah berjaya dilaksanakan di peringkat Sk Desa Pinggiran Putra pada hari ini. Antara objektif program ini adalah:

  1. Mengenang perjuangan Rasulullah S.A.W melalui penceritaan semula kisah perjalanan baginda  menerima perintah Solat  daripada Allah SWT.

  2. Mengimplementasikan sunnah baginda dalam kehidupan.

  3. Menyemai nilai bersyukur kepada Allah melalui ibadah Solat.

  4. Menanam tekad untuk menuruti segala jejak langkah Rasulullah dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah butiran program Sambutan Israk Mikraj SEDERAP:

Tarikh   : 15 Mac 2021 (Isnin)

Masa   : 7.40 pagi – 8.40 pagi

Tempat   : Kelas masing-masing

Sasaran 1.Semua guru dan kakitangan beragama Islam

2.Murid-murid beragama Islam.


Beberapa acara telah dilaksanakan antaranya ialah, bacaan surah Yasin secara berjemaah yang diketuai oleh Tn. Hj Zulhilmi bin Nawawi, pertandingan mewarna untuk Prasekolah, PPKI dan Tahun 1 dan 2, Pertandingan teka silang kata untuk Tahun 3 dan 4, Pertandingan cari kata untuk PPKI Tahun 5 dan Kuiz berdasarkan rakaman untuk Tahun 5 dan 6.




         


                

                

                


Kesemua pertandingan akan diadili oleh juri dan pemenangnya akan diumumkan kelak. Sekian sahaja, marilah kita sama-sama menghayati Sirah perjuangan Rasulullah s.a.w dan sentiasalah berselawat ke atas baginda. 







      




         
            


 


No comments:

Post a Comment