Friday 12 March 2021

PELAKSANAAN PEMBERIAN IMUNISASI KEPADA MURID SEKOLAH TAHUN 1 SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Pasukan Kesihatan Sekolah, Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah menjalani saringan kesihatan dan mendapatkan suntikan imunisasi kepada murid-murid Tahun 1 2021 sekolah ini selama 4 hari iaitu dari 8 hhb. Mac hingga 11 hb Mac 2021. Memandangkan situasi terkini, Perintah Kawalan Pergerakan , program imunisasi tersebut diadakan difasaliti Kementerian Kesihatan Malaysia  KPM iaitu di Klinik Komuniti Sungai Merab.

Seramai 173 orang murid Arus Perdana dan 12 orang murid PPKI telah didaftarkan untuk mendapatkan suntikan imunisasai ini. Ucapan tahniah dan syabas kepada guru-guru Tahun 1 dan Guru Kesihatan menyediakan jadual penggiliran pengambilan imunisasi dan telah berkampung selama 4 hari di Klinik Komuniti Sungai Merab bagi memastikan proses imunisasi ini berjalan dengan lancar. Bagi murid-murid yang tidak dapat hadir disebabkan faktor kesihatan dan hal-hal lain,pihak Pasukan Kesihatan Sekolah  menetapkan tarikh yang lain dan akan dibuat di sekolah.

Ucapan terima kasih kepada semua ibubapa dan penjaga yang telah memberi kerjasama melengkapkan dokumen penting seperti tinggi dan berat anak masing-masing  di dalam eRKM. Hanya seorang saja ibu atau bapa atau penjaga yang dibenarkan semasa temujanji tersebut.












No comments:

Post a Comment