Monday, 29 March 2021

LAPORAN PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 (2021)

Program Transisi Tahun Satu 2021 merupakan satu program yang dirangka untuk menyediakan murid menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri mereka di sekolah rendah. Program ini dirangka dengan mengambil kira kandungan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid. Program ini diharapkan dapat membantu murid dari pelbagai latar belakang, pengalaman pembelajaran dan perkembangan sosioemosi untuk memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap perkembangan dan pencapaian yang hampir sama. 

Program transisi diorganisasi dalam 3 fasa iaitu: 

Fasa 1: Persediaan Fasa persediaan dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula iaitu pada 11 Januari hingga 19 Januari 2021. Fasa ini penekanan terhadap kesediaan pentadbir, guru, ibu bapa/penjaga, murid dan persekitaran fizikal sebelum sesi persekolahan bermula. 

Fasa 2: Penyesuaian Fasa penyesuaian bermula pada 20 Januari hingga 29 Januari 2021 menggunakan Modul Orientasi. Fasa ini bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru. 

Fasa 3: Kesediaan Fasa kesediaan bermula pada 1 Februari hingga 25 Mac 2021 menggunakan Modul PdP. Fasa ini bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya. 

Program transisi dapat dilaksanakan dengan laksanakan dengan baik bermula pada 20 Januari 2021 hingga 26 Mac 2021 dengan bantuan dan kerjasama daripada semua ibu bapa dan guru tahun 1. Program Transisi ini juga turut dilaksanakan secara PDPR walaupun sekolah tidak buka. Murid telah melaksanakan program transisi secara online dan offline mengikut jadual transisi yang disediakan. Apabila sekolah sudah dibuka program transisi turut dilaksanakan seperti biasa mengikut jadual transisi yang disediakan secara bersemuka. Program ini berakhir pada 26 Mac 2021 dengan jayanya.




Murid melaksanakan aktiviti sewaktu PDPR.








Aktiviti transisi mengikut jadual transisi







Lawatan ke bilik- bilik khas seperti pusat sumber dan bilik guru.



No comments:

Post a Comment