Tuesday, 9 March 2021

MEMO 12: Penyuraian Murid Waktu Balik Sekolah

 MEMO 12: Penyuraian Murid Waktu Balik Sekolah


PERINGATAN MESRA SEMPENA HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SEMUA MURID (PRASEKOLAH, TAHUN 1-6 DAN PPKI)


Assalamualaikum WBK dan salam sejahtera kepada warga SEDERAP sekalian.


Berdasarkan pemerhatian urusan penyuraian murid pada hari ini, satu mesyuarat penambahbaikan telah diadakan petang (8 Mac 2021). Mesyuarat memutuskan agar beberapa perkara perlu diambil perhatian dan tindakan.  

 

  1. Pihak sekolah ingin menegaskan lagi bahawa ibu bapa yang menjemput kenderaan menggunakan kereta  di pintu pagar B, TIDAK PERLU keluar dari kenderaan. Ini boleh mengelirukan para petugas untuk membezakan mana yang queue dan mana yang potong queue. Jika anak masih tidak datang, boleh beri isyarat kepada petugas untuk memanggil lagi nama murid. Namun jika masih tidak datang dicadangkan agar keluar dari parkir untuk pusing semula.

  2. Kemaskini Tag Info (lanyard) dengan menulis/menambah. Ini berikutan dalam keadaan murid yang ‘kelabu’, pihak sekolah memerlukan info penting dari mereka agar boleh bertindak segera. Misalnya tadi bila ditanya, murid langsung tidak tahu apa-apa baik tentang pagar, balik mana, siapa patut ambil dsb.

  • Nama Pagar (wajib sepadan dengan jenis kenderaan - B kereta/murid menunggang basikal sendirian, C diambil dengan motosikal, basikal dan berjalan kaki, D Van sekolah/transit dan pejalan kaki))

  • Tulis nama van sekolah/kenderaan  transit pada kad (jika berkenaan)

  • Tulis no. telefon ibu bapa dan no. telefon pemandu van sekolah/kenderaan transit


  1. Anda wajib meletakkan kad imbas bersaiz besar yang tertulis nama kenderaan/nama anak/kelas untuk memudahkan petugas membacanya. Tanpa kad imbas, anda boleh diminta beredar oleh petugas untuk memberi laluan kepada kenderaan di belakang. Arahan ini termasuk kepada mereka yang menjemput murid menggunakan motosikal, basikal dan berjalan kaki. Anda mungkin kenal anak/cucu/murid tersebut tetapi tidak oleh para petugas. Ada 1000 murid dan kebarangkaian untuknya mengenali setiap seorang amat kecil. Oleh itu, info perlu jelas dan lengkap.

  2. Mohon kemaskini no telefon anda dengan sama ada edit borang tinjauan pengangkutan melalui salinan e-mel yang Google salinkan kepada alamat e-mel yang digunakan semasa pendaftaran di Google Form. Atau dengan mengisi semula borang tinjauan di pautan ini.https://forms.gle/sK66deLiHKYGCdXT8

  3. Sekiranya yang anda ingin jemput berada di tahap berbeza (Tahap 1 ialah Tahun 1 - 3 sementara Tahap 2 pula Tahun 4 - 6), minta yang tahap 1 tunggu di lokasi menunggu Pintu Pagar yang ia akan lalui. Ingatkan si abang/kakak agar terus ke situ dan mendapatkan adiknya sebelum balik bersama-sama. 

  4. Sekiranya mempunyai anak yang berbeza aliran (tahap satu, tahap dua dan PPKI), anda ada dua pilihan iaitu sama ada mengambil anak dua kali atau mengambil anak mengikut waktu balik anak tahap dua. Jika pilihan anda untuk menjemput kedua-duanya sekali, minta anak yang balik awal untuk berada di tempat menunggu pintu pagar yang telah dipilih, manakala bagi murid PPKI menunggu di dalam kelas.

Contoh: Si abang di  tahun 6 manakala si adik tahun 1 atau PPKI. Maka datanglah ke sekolah mengikut masa balik anak di tahun 6. Anda dilarang sama sekali datang waktu murid Tahap 1/PPKI balik kemudian menunggu lama di parkir menanti anak Tahun kerana ia akan menyebabkan aliran trafik tidak lancar dan mengganggu masa rakan-rakan lain di belakang.

  1. Di pintu pagar C, ibu bapa diminta beratur dengan penjarakan fizikal sewaktu menunggu anak. Jika tidak dipatuhi, guru bertugas akan memberi keutamaan kepada murid yang menunggang motosikal dahulu.

  2. Semua Pintu Pagar (B, C dan D) akan ditutup pada pukul 1.45 petang. Murid yang belum balik akan dikumpulkan di Dewan Terbuka. Untuk mengambilnya anda diminta masuk kawasan sekolah dengan melalui prosedur sebagai pelawat (ambil suhu, imbas QR Code) dan masuk menjemputnya di dewan. Anda dilarang sama sekali meminta pengawal keselamatan memanggil murid untuk keluar.

  3. Pihak sekolah berasa kesal dengan kejadian pada hari ini apabila ada yang

    1. memarkir kereta di lorong laluan keluar (lorong paling hujung bersebelahan lorong 8). Ini telah menghalang laluan kenderaan dan basikal untuk keluar. 

    2. tidak menyediakan kad imbas dan tiada maklumat murid yang tepat/lengkap. Apabila diminta beredar ia enggan dan telah menyebabkan kita ‘kehilangan’ satu lorong. 

    3. memarkir bukan di kawasan yang dikhaskan kemudian mendapatkan petugas lalu menggesa memanggil nama anaknya untuk keluar. 

Perkara seumpama ini tidak wajar berlaku kerana tidak adil buat mereka yang jujur beratur selain  perbuatan ini boleh menimbulkan pertelagahan dan menggangu kelancaran aliran kenderaan..

  1. Mulai minggu ini, ramai murid yang balik dengan menunggang basikal dan keluar dari pintu pagar B. Kami mohon keprihatinan dari semua pihak supaya sentiasa awas dan berhati-hati apabila memandu kenderaan di kawasan tersebut.


Kami amat berharap panduan dan peringatan ini dapat dipatuhi oleh semua pihak. Kerjasama dan pertimbangan daripada semua pihak amat penting supaya perjalanan pergi dan balik murid menjadi lancar, selamat dan mematuhi SOP.


Alhamdulillah pada hari ini urusan dapat diselesaikan pada pukul 1.49 petang kecuali murid yang lewat diambil. Syabas dan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama.


Sama-sama kita membanteras COVID-19.


Sekian, terima kasih.


Guru Besar

SK. Desa Pinggiran Putra.

9 Mac 2021



Mohon tonton klip video berikut untuk lebih memahami dan menghayati

  1. Taklimat Pembukaan Sekolah 2021 https://youtu.be/sTimYcHQrJo

  2. Tatacara Murid Memasuki Kawasan Sekolah https://youtu.be/i0fa6SYw2xk

  3. Tatacara Mengambil Murid Selepas Waktu Persekolahan Versi 2.0 (8 Mac 2021) https://youtu.be/eR9m-vMyo8Y


 

Pelan pergerakan semasa waktu balik.





No comments:

Post a Comment