Wednesday 1 October 2014

'SPOT CHECK' - PEMERIKSAAN MENGEJUT KALI KE- 2

Pihak sekolah, khususnya sub unit disiplin telah menjalankan 'Spot Check' - Pemeriksaan Mengejut. Pemeriksaan Mengejut ini diketuai oleh  Puan ZarulHuda selaku guru disiplin bersama guru-guru dan pengawas sekolah pada;


Tarikh     : 30.09.2014 (ISNIN)
Tempat   : Tapak Perhimpunan
Masa      : 7.40 pagi
Sasaran  : Semua murid Tahun 1 hingga 5.

Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan semua murid mematuhi kod etika penampilan dan pakaian sekolah. Pemeriksaan ini melibatkan semua murid SK Desa Pinggiran Putra dan dibantu oleh semua guru disiplin dan pengawas.

Antara perkara yang diperhatikan semasa pemeriksaan adalah pemakaian lencana sekolah, pemakaian stoking, murid yang memakai pakaian kemas, kebersihan kuku,keadaan rambut samada panjang atau berfesyen dan rambut panjang tetapi tidak berikat atau memakai skaf bagi murid perempuan.

Rumusan

Bil
Kesalahan
Bilangan
Peratus
       1.        
Rambut panjang /berfesyen (Lelaki)
41
27.5
       2.        
Rambut panjang tidak berikat (perempuan)
1
0.78
       3.        
Kuku panjang
17
6.15
       4.        
Tidak pakai stokin
2
0.72
       5.        
Tidak memakai lencana
84
30.43
       6.        
Memakai barang kemas/perhiasan
 Tiada
 0.00

Semua murid myang melakukan kesalahan tersebut telah dicatat nama dalam rekod disiplin dan diberi peringatan agar memakai pakaian sekolah yang lengkap, memotong kuku dan membeli lencana dan tampal di baju pada tempoh tarikh yang telah ditetapkan.
Puan Zahrul mencatat nama murid yang tidak memakai lencana sekolah



Beberapa orang pengawas terlibat membuat pemeriksaan 
rambut kepada murid yang berambut panjang dan berfesyen


Guru bertugas, Cik Ilie membetulkan tali leher  
seorang pengawas supaya nampak kemas.

    Kesalahan murid ini ialah  memasang tali  
             kasut yang berlainan dengan warna kasut.           
                       
Kesalahan murid ini ialah rambut tidak mengikut peraturan yang 
ditetapkan.Walaupun bahagian sisi pendek tetapi bahagian depan panjang.


Disediakan oleh;
Zahrulhuda bt Kamarudin
Guru Disiplin
SEDERAP

No comments:

Post a Comment