Monday 13 October 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE 36



Hari      : Isnin
Tarikh  : 13 Oktober 2014
Masa     : 7.40 - 8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SEDERAP

Kehadiran Guru : 28/ 30

Guru Bertugas    : 1. Pn Rozayma Bt Zaman
                                2. Pn Jawahir Bt Shahdan
                                3. Pn Fauzan Bt Hj Muhammad
                                4. Pn Ifahayati Bt Ismail
                                5. Pn Iqbal Hana' Bt Mohamed Rusdi

Guru Tidak Hadir : 1. Pn Noorhayati Bt Miswan (Cuti separuh gaji)
                                   2. Pn Iqbal Hana' Bt Mohamed Rusdi (Cuti Sakit)

Laporan Perhimpunan :

1. Perhimpunan rasmi dimulakan dengan bacaan doa.
2. Nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara, Ikrar Pengguna Jalan Raya dan Ikrar Murid.
4. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn Hannah Najihah Bt Razak @ Abdul Razak iaitu:-
    a. Amalan menjaga kebersihan di kelas dan di kantin.
    b. Penggunaan mesin air adalah pada waktu rehat dan balik sahaja.
    c. Disiplin ketika berada di kantin iaitu beratur semasa membeli makanan atau minuman,        
        meletakkan pinggan dan cawan dalam besen yang telah disediakan. Sampah hendaklah buang   
        dalam tong sampah.
5. Ucapan guru bertugas oleh Pn Rozayma Bt Zaman iaitu:-
    a. Sikap sentiasa bersyukur atas nikmat dan kurniaan dari Allah Ta'ala.
    b. Menghargai setiap nikmat yang sedia ada.
    c. Banding nikmat yang kita kecapi pada hari ini dengan negara-negara berdekatan seperti
        Negara Kemboja.
6. Ucapan Guru Besar, En Sukimin B Juki iaitu:-
    a. Tanamkan rasa bersyukur dalam diri masing-masing serta hargailah nikmat yang sediakan ada 
        dengan rasa bersyukur.
    b. Sentiasa senyum dan berfikiran positif.
7. Pengumuman dari Pn Rozayma Bt Zaman iaitu:-
    a. Pada esok hari bersamaan 14 Oktober 2014 (Selasa), semua murid akan menduduki Peperiksaan
        Akhir Tahun 2014 bagi subjek Bahasa Arab dan Jawi. Semua murid diharap dapat hadir dan
        membuat ulangkaji di rumah.
    b. Pada hari Rabu ini akan diadakan Program Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah.

Hal-Hal lain :

1. Makluman En Maz Azlee B Azhari mengenai aktiviti ko kurikulum iaitu:-
    a. Pada hari Sabtu (11 Oktober 2014), sekolah telah menghantar wakil murid iaitu adik Fahmi B 
        Saipo dari 5 UKM ke Karnival Bola Sepak Peringkat Negeri Selangor MSSS (kategori 11 tahun)
        di  Kuala Selangor. Fahmi merupakan wakil murid dan sekolah dari daerah Sepang. Tahniah
        kepada beliau kerana telah mengharumkan nama SEDERAP.
    b. Pada 7 September 2014 (Sabtu), sekolah telah menghantar 10 murid perempuan ke
        Pertandingan Bola Baling Piala Guru Besar SK Dengkil (kategori 11 tahun). Tahniah
        kepada pasukan SEDERAP kerana telah mendapat tempat ke 3.
    c. Tahniah juga kepada jurulatih yang telah bertungkus lumus melatih mereka hingga berjaya iaitu
        En Maz Azlee B Azhari. Pemain Bola Baling tersebut ialah:-
          1. Nur Farah Dania Bt Nor Fadzil (5 UPM)
          2. Nur Ezwanna Najwa Bt Anwar (5 UPM)
          3. Nurin Zarifah Bt Muhd Hafidz (5 UKM)
          4. Nazatul Bt Noordin (5 UKM)
          5. Balqis Sofea Bt Mohd Asri (4 Marikh)
          6. Ain Syafiah Wafiqah Bt Naszeri (4 Marikh)
          7. Anne Harisya Bt Nik Mazli (5 UPM)
          8. Putri Anis Sofia Bt Mohamad Zaidi (5 UPM)
          9. Nurul Adriana Bt Mohamed Faisal (5 UPM)
        10. Maizatul Hazwani Bt Mohd Amri (5 UPM)




Bacaan Ikrar Murid.
 
 


Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Keselamatan Jalan Raya.
Laporan guru bertugas minggu sebelum.


Kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis pada senyuman...
Jurulatih yang komited
 
Bersungguh-sungguh mendengar ucapan dari guru besar.
 
 
 
 
 
 
 
 
Tahniah atas kejayaan anda semua....


Adik Fahmi Bin Saipo. Senyuman bakal atlit negara dan dunia. In shaa Allah.. 

No comments:

Post a Comment