Wednesday 15 October 2014

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDERAP, TAHUN 2014

Pada hari ini, 15 October 2014, Rabu telah diadakan sambutan hari kanak-kanak yang bertujuan untuk meraikan semua kanak-kanak di sekolah ini. Sambutan ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 tengahari.  Sambutan dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Zulhilmi. Majlis telah dirasmikan oleh Puan Maznah binti Mohd Noor selaku GPK Pentadbiran. Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan pakaian beragam, persembahan nyanyian solo oleh adik Wan Nur Najwa, persembahan nyanyian berserta tarian oleh pelajar-pelajar tahun 2 Amanah serta persembahan Kalam Jamae’i.    
Setelah tamat persembahan, majlis diteruskan lagi dengan acara sukaneka mengikut tahun. Murid-murid sangat terhibur dan seronok menyertai acara sukaneka yang diadakan.

Perasmian majlis oleh Puan Maznah, GPK Pentadbiran
Barisan guru-guru yang menjayakan Sambutan Hari Kanak-Kanak SEDERAP

Pentas peragaan pakaian beragam
Persembahan pakaian beragam
Pemenang Pertandingan  Pakaian Beragam

Peserta pakaian beragam


Persembahan nyanyian solo oleh adik Wan Nur Najwa


Persembahan nyanyian dan tarian oleh pelajar-pelajar dari  kelas 2 Amanah


Persembahan Kalam Jamae'i

 
Acara sukaneka rebut gula-gula

Pada sambutan ini juga pihak sekolah amat mengalu-alukan kehadiran penceramah dari Syarikat Yakult Sdn. Bhd. Penceramah ini menerangkan kebaikan air minuman Yakult terhadap sistem pencernaan badan terutamanya pada kanak-kanak. Terima kasih diucapkan kepada pihak syarikat kerana telah berbesar hati memberikan sumbangan air minuman Yakult kepada setiap murid.

  
Wakil syarikat Yakult Sdn. Bhd



Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan penyampaian Anugerah Tokoh Harapan. Adik Aini Anisah binti Hashim dari kelas 5 UPM telah terpilih sebagai tokoh harapan sekolah pada tahun ini kerana penglibatan cemerlang beliau dalam bidang akademik dan kokurikulum.

           
Penyampaian hadiah kepada para pemenang



Penyampaian Anugerah Tokoh Harapan


Anugerah Tokoh Harapan Adik Aini Anisah binti Hashim

 Penyampaian cenderahati sekolah kepada wakil syarikat Yakult Sdn. Bhd

Pengagihan air minuman Yakult dan goodies bag kepada murid-murid

Sekian. 

1 comment:

Unknown said...

Macam best jerrrr

Post a Comment