Tuesday 21 October 2014

PELAKSANAAN PROGRAM SEGAK SK. DESA PINGGIRAN PUTRA 2014

Tarikh : 03 Oktober 2014
Tempat : Dataran Perhimpunan dan Bilik Gerakan Kokurikulum
Guru terlibat:
1. En. Maz Azlee bin Azhari
2. En. Zakaria bin Sha`ari
3. Pn. Ifahayati bt Ismail
4. Cik Ili Syahirah bt Abd. Ghani

Pemantauan
1. En Sukimin bin Juki - Guru Besar SK. Desa Pinggiran Putra
2. Pn. Maznah bt Mohd Noor - Penolong kanan Kurikulum /Pentadbiran
3. En. Rosdin bin Ibrahim - PK HEM
4. Pn. Salmah bt Ismail - PK Kokurikulum


Pengenalan



Program penilaian  Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan  ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Menengah

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari.  Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.




Definisi Kecergasan Fizikal

“Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.”

Falls, 1980

Objektif


Murid dapat :
1.     mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;
2.     melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;
3.     menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;
4.     melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan
5.     pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, kebolehan murid, serta mengambilkira peralatan dan tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.  Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan.  Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;
1.            Naik Turun Bangku ( 3 minit )
2.            Tekan Tubi ( 1 minit )
3.            RIngkuk (1 minit )
4.            Jangkauan Melunjur (3 kali percubaan)

Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.


PELAKSANAAN

Naik turun bangku - 3 minit

Tekan tubi - 1 minit

Ringkuk - 1 minit

Jangkauan Melunjur - 3 kali percubaan
Ukuran Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini



Terima kasih kepada guru-guru yang telah melaksanakan SEGAK ini. Terima kasih juga kepada guru besar En. Sukimin bin Juki , En Rosdin dan Pn. Maznah yang membantu dan memantau program ini dilaksanakan.



No comments:

Post a Comment