Thursday 23 October 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-38

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-38

Tarikh     : 20 Oktober 2014
Hari        : Isnin
Masa      : 7.40-8.10 pagi
Tempat   : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Kehadiran Guru   : 25/30


Guru Bertugas   :  
(1) Pn. Noor Asiah binti Mohd Yusof
(2) Pn. Noor Hayati binti Miswan
(3) Pn. Wan Salawati binti Wan Md. Nor
(4) Cik Nurul 'Aqilah binti Mohd Tahir
(5) Encik Maz Azlee bin Azahari

Guru Tidak Hadir  : 
(1) Encik Maz Azlee bin Azhari (Cuti)
(2) Pn. Noor Hayati binti Miswan (Cuti Separuh Gaji)
(3) Pn. Ifahayati bt Ismail (MC)
(4) Pn. Sha'azrina bt Imran (Cuti Rekod Khas)
(5) Pn. Wan Salawati bt Wan Mohd Noor


Laporan Perhimpunan
(1) Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Pn. Norwati.
(2) Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
(3) Bacaan Ikrar Rukun Negara & Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Noor Asiah.
(4) Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.
(5) Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Pn. Fauzan mengenai:
     -  Disiplin murid. Terdapat murid yang berkuku panjang dan rambut tidak bersikat apabila datang ke                   sekolah. Murid dinasihatkan agar menjaga kebersihan dan kesihatan diri.
     -  Surat mengenai yuran pembayaran PIBG telah diedarkan, pastikan setiap keluarga menjelaskan yuran               tersebut sebelum tahun berakhir.
     -  Penggunaan pusat sumber perlu berdisiplin, buku perlu pasti disusun dengan kemas sebelum                             meninggalkan perpustakaan dan pastikan keadaan perpustakaan sentiasa bersih dan senyap.
(6) Ucapan guru bertugas pada minggu ini oleh Pn. Noor Asiah mengenai tema pada minggu ini (Sikap Rajin).
     -   Murid perlu rajin ke sekolah dan menimba ilmu.
     -   Menyiapkan setiap tugasan yang diberikan oleh guru.
     -   Perlu mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan akhir tahun bakal menjelang
(7) Pn. Noor Asiah juga telah memberitahu beberapa pengumuman iaitu:
     -   Pada hari Rabu sekolah akan bercuti sempena Hari Deepavali
     -   Pada minggu hadapan akan bermulanya peperiksaan akhir tahun
(8) Perlantikan Pangkat Koperal dan Lans Koperal Kadet Remaja Sekolah.
     -  Guru besar telah memakaikan lencana pangkat kepada 4 orang ahli KRS.
(9) Ucapan oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid:
     -  Memberi peringatan bahawan Peperiksaan Akhir Tahun akan berlangsung pada minggu hadapan
     -  Diharapkan murid membuat ulang kaji
     -  Pastikan kehadiran ke sekolah baik semasa minggu peperiksaan supaya dapat menjawab semua kertas             peperiksaan
     - Mengucapkan tahniah kepada ahli KRS yang mendapat pelantikan Koperal dan Lans Koperal.








Bacaan Ikrar Rukun Negara



Bacaan Ikrar Murid



Encik Rosdin memberikan ucapan



Ahli KRS yang mendapat lantikan Koperal dan Lans Koperal




Guru Besar menyampaikan lencana lantikan

No comments:

Post a Comment