Wednesday 8 October 2014

MOTIVASI MURID TAHUN 5 (Sesi1)

Kepada

Ibubapa/Penjaga
Murid Tahun 5UKM dan  5UPM

     Dimaklumkan bahawa Program Motivasi Murid Tahun 5 Sesi 1  akan diadakan seperti ketatapan berikut;

        TARIKH     :  11.10.2014 
        HARI           :  Sabtu 
        MASA         :   8.00 pagi hingga 10.00 pagi
       TEMPAT     :   Pusat Sumber Sekolah SEDERAP 
      SASARAN    :  Murid Tahun 5 UPM dan Tahun 5 UKM                                        (bakal calon UPSR 2015)
    
* Peringatan penting:
  1. Murid-murid Tahun 5 DI MESTIKAN  hadir.  
  2. Pendaftaran murid bermula jam 7.30 pagi.
  3. Murid-murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. 
  4. Dicadangkan murid-murid mengambil sarapan di rumah.
  5. Bawa alatan  tulis.

     Motivasi ini adalah strategi awal bagi  murid Tahun 5 bakal menghadapi UPSR pada tahun 2015. Beberapa sesi motivasi dan bengkel dicadangkan dan dirangka khas untuk murid terlibat yang akan dilaksanakan sehingga tarikh peperiksaan UPSR 2015.

     Kerjasama daripada pihak ibubapa/penjaga amat diharapkan bagi memastikan anak-anak tuan/pun hadir pada program ini. Sehubungan itu diharap ibubapa/penjaga sekiranya dapat membantu dari segi kepakaran, material dan kewangan amatlah kami dialu-alukan. Segala pertanyaan boleh menghubungi pihak PIBG atau sekolah.

Sekian, dimaklumkan.

No comments:

Post a Comment