Takwim SEDERAP

... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Thursday, 30 October 2014

MEMO- PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK - UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

                Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PPsi menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti, yang tidak berasaskan kurikulum.Tujuan pentaksiran ini adalah untuk  mengukur kebolehan semulajadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. 
               Maka Ujian Aptitud Am diperkenalkan tepat pada masanya kerana satu daripada aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) adalah setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Maklumat daripada ujian ini boleh membantu guru mengenali keupayaan kognitif kemahiran berfikir aras tinggi murid.
             Justeru Ujian Aptitud Am Tahun 3 akan diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut;

            Tarikh               : 3 November 2014  (Hari Isnin)
            Masa                 :  8.15 pagi.
            Murid terlibat   : Murid Tahun 3 sahaja.

            Format Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Terdapat 80 item objektif aneka pilihan bagi instrumen ini, 30 item menguji aptitud Bahasa Melayu, 30 item menguji aptitud Bahasa Inggeris dan 20 item menguji aptitud Matematik. Ujian ini mengukur kemahiran menaakul (reasoning) dan kemahiran penyelesaian masalah. Tempoh ujian ialah 1 jam 30 minit dan diwajibkan kepada semua murid Tahun 3.
           Sehubungan itu semua murid tahun 3 diharapkan bersedia dan diwajibkan hadir pada hari tersebut.Kerjasama daripada ibubapa dan penjaga amat diharapkan untuk memastikan anak-anak tuan/puan hadir kesekolah.



No comments:

Post a Comment