Takwim SEDERAP

... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Wednesday, 1 April 2015

TATACARA MENJAHIT LENCANA SEKOLAH DAN TANDA NAMA MURID.


Kepada
Yang  Berbahagia Dato/Datin/Tuan/Puan
Ibubapa/Penjaga Murid.

Dimaklumkan bahawa dalam minggu ini, murid-murid akan mendapat tanda nama masing-masing yang akan diserahkan oleh guru kelas. Sehubungan dengan itu dinyatakan tatacara menjahit lencana sekolah dan tanda nama murid untuk  tindakan ibubapa/penjaga sekelian. Sebagai panduan sila rujuk kepada gambar dan penerangan yang diberikan.


Bagi Murid Biasa Lelaki
1. Lencana sekolah hendaklah dijahit di atas poket baju sebelah kiri pada aras dada murid.
2. Tanda nama pula dijahit dibahagian kanan baju selari dengan lencana sekolah.
3. Poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa sebarang jahitan atau tampalan lencana/tanda nama.




Bagi Murid Biasa Perempuan.
1. Lencana sekolah hendaklah dijahit dibahaian kiri tudung pada aras dada murid.
2. Tanda nama hendaklah dijahit dibahagian kanan tudung selari dengan lencana sekolah.



Bagi Pengawas Sekolah Lelaki
1. Lencana sekolah hendaklah dijahit dibahagian kiri 'vest' pada aras dada murid .
2. Tanda nama hendaklah dijahit dibahagian kanan 'vest' selari dengan lencana sekolah pada aras dada murid.
3. Bagi murid yang tidak memakai 'vest', lencana sekolah hendaklah dijahit di atas poket baju sebelah kiri pada aras dada murid.
4. Tanda nama pula dijahit dibahagian kanan baju selari dengan lencana sekolah.
5. Poket hendaklah dibiarkan kosong tanpa sebarang jahitan atau tampalan lencana/tanda nama.


   Bagi Pengawas Sekolah Perempuan
1.Bagi murid yang memakai  baju kurung, lencana sekolah hendaklah dijahit dibahagian kiri tudung pada aras dada murid.
2. Tanda nama hendaklah dijahit di bahagian kanan tudung pada aras dada.
3. Bagi murid perempuan yang memakai baju kemeja  lengan panjang dan 'vest', lencana sekolah hendaklah dijahit di bahagian kanan 'vest' pada aras dada.
4. Tanda nama pula dijahit dibahagian kanan 'vest' selari dengan lencana sekolah pada aras dada.
5. Poket baju hendaklah dibiarkan kosong tanpa sebarang jahitan/tampalan


   Bagi Pengawas Pusat Sumber Sekolah Lelaki
1. Lencana sekolah hendaklah dijahit dibahagian kiri 'vest' pada aras dada murid .
2. Tanda nama hendaklah dijahit dibahagian kanan 'vest' selari dengan lencana sekolah pada aras dada murid.
   Bagi Pengawas Pusat Sumber Sekolah Perempuan
1.Bagi murid yang memakai  baju kurung, lencana sekolah hendaklah dijahit dibahagian kiri tudung pada aras dada murid.
2. Tanda nama hendaklah dijahit di bahagian kanan tudung pada aras dada.


1 comment:

WANNY said...

cikgu, pada pendapat saya nampak tidak kemas/cantik bila diletak berasingan kiri kanan. lagi kemas diletak sama ada dibawah lencana atau diatas lencana. Sekadar pandangan.

Post a Comment