Wednesday 29 April 2015

MEMO

PROMOSI PEMBUKAAN AKAUN 
BANK SIMPANAN NASIONAL

Kepada
Dato/ Datin/ Tuan/ Puan Ibu bapa / Penjaga  
Murid SK Desa Pinggiran Putra, yang di hormati,

    Bank Simpanan Nasional Zon Putrajaya  akan mengadakan kaunter promosi pembukaan akaun dan penambahan simpanan  pada ;

Tarikh     :  7hb Mei 2015 Hari  Khamis  
Masa       :  Bermula  jam 10.30 pagi  hingga 2.00 petang
Tempat   :  Ruang Lobi SK Desa Pinggiran Putra

    Dengan pembukaan akaun RM 50.00  anak Dato/ Datin/ tuan/ puan akan menerima tabung percuma dari Bank Simpanan Nasional.  Manakala bagi pelajar yang membuat simpanan sebanyak RM160  layak menyertai Kelab Penabung Muda serta layak menerima pelbagai cenderahati dari pihak Bank Simpanan Nasional.
    Minimum pembukaan akaun ialah RM 10.00.  Anak Dato/ Datin/ tuan /puan  dikehendaki membawa sekali Salinan Surat Beranak untuk pembukaan akaun tersebut. Digalakkan setiap pelajar membuka akaun di Bank Simpanan Nasional. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pn. Rosnita (Ketua Zon Putrajaya ) / Pn Zaliah(Pegawai Penyelia) di talian 03-88901181.
                                                           

No comments:

Post a Comment