Takwim SEDERAP

... Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan...

Tuesday, 7 April 2015

PROGRAM MENTOR MENTEE

Pelancaran Program Mentor Mentee telah dilaksanakan oleh Encik Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra pada ketetapan seperti berikut;

Tarikh   : 06.04.2015
Masa    :  7.45 pagi
Tempat :  Dataran Perhimpunan.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil beberapa langkah dalam membentuk pembangunan modal insan. Program mentor mentee adalah salah satu daripada pengisian Program Guru Penyayang di mana semua guru adalah seseorang yang perlu memiliki sifatkepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters). Sehubungan itu, setiap guru berperanan penting dalam menghasilkan kemenjadian murid yang merupakan aset penting kepada sekolah.

Objektif pada akhir program ini murid dapat; 
1. Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee.
2. Meningkatkan kesedaran dan minat untuk terus belajar bagi memperbaiki kelemahan diri.
3.  Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

Sehubungan dengan itu semua murid, termasuk murid Pra Sekolah hingga ke Tahun 6 terlibat di dalam program mentor mentee ini berdasarkan modul yang telah disediakan. Di dalam majlis pagi ini, semua guru kelas telah diberikan senarai nama murid dan modul serta jadual pelaksanaan mentor mentee oleh Tuan Guru Besar.













No comments:

Post a Comment