Monday 13 April 2015

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-13

TARIKH: 13 APRIL 2015
HARI: ISNIN
MASA: 7.40 - 8.10 PAGI

GURU BERTUGAS:
1. En. Zulhilmi bin Nawawi
2. Pn. Norwati bt Supian
3. Pn. Nurul Hidayah binti Wahid @ Ab Wahid
4. Cik Ili Syahirah bt Abd Ghani

KEHADIRAN GURU:
32/38

GURU TIDAK HADIR:
1. En. Hazim bin Harun - Latihan Pusat
2. Cik Nik Asmah bt Ruman - Ko Akademik
3. Pn. Salmah bt Ismail - Ko Akademik
4. Pn. Norsabariah bt Awang Ngah - Lewat
5. Pn. Ifahayati bt Ismail - CRK
6. En Hassan Helmin b. Yaacob - MC

LAPORAN:

1. Nyanyian 3 buah lagu iaitu lagu `Negaraku', lagu `Negeri Selangor' dan lagu “Sekolah”.
2. Bacaan doa oleh Adik Fahmi Bin Saipo.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara dipimpin oleh 
En. Zulhilmi bin Nawawi
4. Bacaan ikrar murid oleh Ketua Murid, Adik 
Abdul Syamir bin Abdul Salim.

5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Fauzan bt Muhammad.

a) Terdapat ramai murid yang keciciran duit terutamanya pada waktu rehat. Murid-murid mesti   menjaga duit masing-masing dengan cermat.

b) Murid-murid selalu meninggalkan botol air dan bekas makanan di kantin setelah tamat waktu rehat. Murid-murid dikehendaki menjaga barang-barang mereka dengan elok.

6. Taklimat disiplin oleh Cik Salwa bt Abdul Hadi.

 a) Mencuri adalah perbuatan yang salah dan haram. Perbuatan ini akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah SWT. Pulangkan semula barang yang telah dicuri kepada pemiliknya.   Untuk mengelakkan kecurian, murid-murid tidak dibenarkan meletakkan beg sekolah di dalam kelas sewaktu perhimpunan pagi.

b) Buli bermaksud meminta wang, makanan atau barang kepunyaan orang lain secara paksa. Murid-murid tidak dibenarkan membuli sebaliknya jika berkehendakkan sesuatu, ianya perlu diminta dengan baik dan perlu menghormati keputusan orang lain jika beliau tidak memberi 
apa yang dipinta.

c)Tatacara menyanyikan Lagu Negaraku. Semua mesti berdiri tegak, tangan di sisi dan menyanyi dengan penuh semangat. Dilarang meletakkan tangan di dalam poket semasa menyanyi.

d) Sistem "Merit" sedang dikuatkuasakan. Markah setiap kelas akan dikumpul setiap bulan dan diberi sijil kepada kelas yang mendapat markah tertinggi. Kelas yang mendapat sijil terbanyak akan diberi hadiah dan sujil pengiktirafan pada akhir tahun nanti.

7. Slot Anti Dadah disampaikan oleh Puan Umi Nazihah bt Che Ghani.
    
    7.1 Tanda-tanda ketagihan merokok:
          a) Tanda fizikal - loya, muntah
          b) Corak Pemikiran - gian untuk menghisap rokok
          c) Emosi - mudah marah, bingung dan hilang tumpuan
          d) Perubahan Kelakuan - Kehadiran ke sekolah merosot, terlibat dengan kegiatan jenayah

8. Ucapan Guru Besar

a) Alhamdulillah kita dapat berkumpul dan menghadiri perhimpunan pada hari ini.
b) Semua program yang telah dilancarkan oleh Pengarah JPNS mestilah diteruskan.
c) Kempen Minum Air Kosong - jadikan amalan untuk memastikan kesihatan diri terjaga.
d) Perbetulkan sikap sambil lewa - jaga duit, botol air, bekas makanan dengan elok.
e) Elakkan merokok kerana rokok adalah punca menagih dadah.
f) Program Mentor Mentee - guru adalah mentor, murid adalah mentee. Sekiranya mentee berdepan sebarang masalah, silalah berjumpa dengan mentor masing-masing atau berjumpa guru kaunseling.
g) Program tahun 6 (The Champion) - murid akan bergerak dalam kumpulan belajar sendiri dan dibantu oleh mentor masing-masing.
h) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) akan bergerak dan membantu murid-murid yang memerlukan bantuan.
i) Semua murid dan guru perlu tahu tentang PPPM.













No comments:

Post a Comment