Monday 13 April 2015

'SPOT CHECK 1"( PEMERIKSAAN MENGEJUT)

Pihak sekolah, khususnya unit disiplin telah menjalankan 'Spot Check - Pemeriksaan Mengejut buat kali pertama. Pemeriksaan Mengejut ini diketuai oleh  Cik Salwa binti Mohd Hadi selaku guru disiplin dan dibantu oleh Puan Atirah binti Mustaffa bersama guru-guru dan pengawas sekolah pada;

Tarikh     : 10.04.2015 (JUMAAT)
Tempat   : Tapak Perhimpunan
Masa      : 7.40 pagi
Sasaran  : Semua murid Tahun 1 hingga 5.
Tujuan   :   i. untuk meningkatkan tahap disiplin murid supaya patuh kepada peraturan sekolah.
                ii. memeriksa kekemasan murid dari segi rambut, kuku, pemakaian stokin dan tudung.lencana 
                    sekolah dan tanda nama
             
1. KEKEMASAN DIRI.
1. 1 Kuku - kuku hendaklah pendek dan bersih. kuku tidak diwarnakan.Pemakaian inai adalah dilarang.
1. 2. Rambut - bagi murid lelaki rambut hendaklah pendek dan kemas. Rambut berfesyen dan diwarnakan adalah satu kesalahan.
                 - bagi murid permpuan jika tidak memakai tudung, rambut hendaklah diikat atau memakai cekak rambut yang berwarna hitam atau biru gelap
1. 3. Memakai tudung - bagi murid yang memakai tudung, tudung yang ber'awning' adalah dilarang.
1. 4. Telah menjahit tanda nama dan lencana sekolah pada baju masing-masing

Murid-murid yang didapati tidak mematuhi peraturan ini diberi masa sehingga hari Isnin untuk memastikan teguran telah diambil tindakan seperti rambut telah dipotong, tanda nama telah dijahit dan kasut telah dibersihkan.









No comments:

Post a Comment