Tuesday 5 August 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-28

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-28

Tarikh   : 4 Ogos 2014
Hari      : Isnin
Masa    : 7.40-8.10 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan SEDERAP
Kehadiran Guru : 33/35

Guru Bertugas :
1. Cik Nurul Aqilah
2. Puan Nor Asiah
3. Puan Noor Hayati
4. Puan Wan Salawati
5. Encik Maz Azlee

Guru Tidak Hadir :
1. Puan Zahrulhuda - Bengkel
2. Puan Umi Nazihah - Cuti Bersalin

Laporan Perhimpunan :

1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Norwati.
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Cik Nurul Aqilah.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Fauzan mengenai etika ketika berada di kantin.
6. Ucapan guru bertugas mingguan oleh Cik Nurul Aqilah. Tema pada minggu ini ialah 'Jalur Gemilang'. Antara isi kandungannya ialah :
    - Beliau menerangkan tentang maksud Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) memandangkan kita telah berada di dalam bulan Ogos.
    - Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun.
7. Ucapan GPK Pentadbiran, Puan Maznah mengenai kehadiran murid ke sekolah. Antara isi kandungannya ialah :
   - Beliau mengucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat belajar kepada murid-murid.
   - Murid-murid hendaklah membawa peralatan sekolah yang selengkapnya seperti buku, pensel, pembaris, pemadam dan pensel warna apabila datang ke sekolah.
8. Hal-hal lain :
   - Tiada


Bacaan Ikrar Murid yang dipimpin oleh pengawas bertugas

Ucapan oleh Puan Maznah selaku GPK Pentadbiran

Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Fauzan

Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Cik Nurul Aqilah

Bacaan doa oleh pengawas bertugas

Barisan guru menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Norwati 

No comments:

Post a Comment