Sunday 10 August 2014

Pekeliling Perakam Waktu

Pautan Mengenai Perakam Waktu:

  1. SISTEM PENGGUNAAN KAD PERAKAM WAKTU(PUNCH CARD) DI PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN

  2. GARIS PANDUAN PENGGUNAAN SISTEM KEHADIRAN BIOMETRIK KPT


Lampiran GARIS PANDUAN MENGENAI CIRI-CIRI SISTEM PERAKAM WAKTU ELEKTRONIK PENGENALAN Garis panduan ini disediakan untuk menerangkan ciri-ciri Sistem Perakam Waktu Elektronik yang sesuai digunakan. 2. Perkembangan teknologi maklumat telah membolehkan pegawai dan kakitangan agensi Kerajaan menggunakan pas keselamatan, kad akses atau sistem cap jari bagi mengurus sistem masuk dan keluar pejabat. Penggunaan pas keselamatan, kad akses atau sistem cap jari juga berfungsi sebagai perakam waktu pegawai dan kakitangan datang dan pulang dari pejabat. 3. Penggunaan Sistem Perakam Waktu Elektronik mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem perakam waktu yang digunakan sekarang. Antara kelebihannya ialah: (a) Boleh mengawal pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan dengan lebih cekap; (b) Boleh meningkatkan disiplin pegawai dan kakitangan; (c) Boleh memantau, mengawas dan mengeluarkan laporan waktu pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan secara elektronik; dan (d) Boleh memperoleh maklumat berkaitan waktu pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan dengan cepat dan tepat. CIRI-CIRI SISTEM PERAKAM WAKTU ELEKTRONIK 4. Agensi-agensi Kerajaan juga ingin menggunakan Sistem Perakam Waktu Elektronik hendaklah memastikan sistem perakam waktu tersebut menepati ciri-ciri berikut: (a) Boleh merekodkan waktu bagi semua pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan dari pejabat, termasuk pegawai dan kakitangan yang masuk dan keluar pejabat selepas atau sebelum masuk waktu yang ditetapkan; (b) Boleh mengenal pasti masa terawal dan terakhir yang direkodkan bagi pegawai dan kakitangan bagi membantu pihak pengurusan membuat analisis; (c) Boleh menjana laporan/maklumat waktu pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan berdasarkan harian, mingguan dan bulanan secara atas talian dan juga bercetak; (d) Boleh menjana laporan/maklumat bagi pegawai dan kakitangan yang tidak hadir ke pejabat; (e) Boleh diprogramkan untuk menukar status rekod kehadiran pegawai dan kakitangan yang tidak mematuhi peraturan waktu masuk dan keluar pejabat, seperti yang dinyatakan dalam Panduan Bagi Menggunakan Sistem Kad Perakam Waktu Di Pejabat-Pejabat Kerajaan yang diterbitkan di bawah Surat Pekeliling Am. Bil. 11 Tahun 1981; dan (f) Boleh memberi kemudahan kepada pegawai dan kakitangan untuk menjelaskan sebab-sebab mengapa waktu masuk dan keluar pejabat yang ditetapkan tidak dipatuhi, untuk pertimbangan dan kelulusan Pegawai Penyelia secara atas talian. PERATURAN-PERATURAN LAIN MENGENAI PENGGUNAAN SISTEM PERAKAM WAKTU 5. Surat Pekeliling Am Bil. 11 Tahun 1981 dan Panduan Bagi Menggunakan Kad Perakam Waktu Di Pejabat-Pejabat Kerajaan serta Tanggungjawab dan Tugas-Tugas Pegawai Pengawas yang diedarkan sebelum ini telah menggariskan peraturan dan caracara menggunakan kad perakam waktu bagi pergerakan masuk dan keluar pegawai dan kakitangan Kerajaan dari Pejabat. Agensi-agensi Kerajaan yang menggunakan Sistem Kad Perakam Waktu Elektronik masih perlu melaksanakan peraturan-peraturan dan ciriciri yang digariskan dalam garis panduan ini. KHIDMAT NASIHAT 6. Sebarang pertanyaan/kemusykilan berkaitan dengan Surat Pekeliling ini boleh dirujuk kepada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Aras 6, Blok B2, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya di talian 03-88881199 atau f

No comments:

Post a Comment