Wednesday 27 August 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-31



Tarikh:25 Ogos 2014
Hari:Isnin
Masa:7.40-8.10 Pagi
Tempat:Dataran perhimpunan SEDERAP
Kehadiran guru:27/30
Kehadiran guru praktikum:6/6

Guru bertugas:1) Pn. Zahrulhuda Binti Kamarudin
2) Pn. Anis Farhah Binti Md Isa
3) En. Zakaria Bin Sha'ari
4) En. Zulhilmi Bin Nawawi
5) Pn. Hannah Najihah Binti Razak @ Abd Razak

Guru tidak hadir:1) Pn. Nurul Hidayah Binti Wahid @ Ab Wahid ( CRK)
2) Pn. Hannah Najihah Binti Razak @ Abdul Razak (Kursus di PPD)

3) Pn Umi Nazihah Binti Che Ghani (Cuti bersalin)




Laporan perhimpunan

1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Norwati.

2. Bacaan Doa oleh Ustaz Shafie bin Vahidi (guru praktikum).


3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Zahrul


4. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.



5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Suhaizan:

5.1 Terdapat pelajar yang berebut- rebut semasa membeli makanan di Kantin. Pelajar sepatutnya beratur semasa membeli makanan
5.2 Begitu juga penekanan kepada adab makan pelajar seharusnya kurang bercakap semasa makan
5.3 Kebersihan kelas
5.4 terdapat juga murid yang berlari dalam kelas tahun 1 dan terjatuh menyebabkan berlakunya kecederaan. Guru mengingatkan supaya murid tidak berlari di kawasan sekolah

6. Pn. Norwati - Pengacara majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan


Majlis dimulai dengan ucapan oleh Puan Norwati selaku pengacara majlis. Puan Norwati memperingatkan kepada semua warga Malaysia supaya bersyukur atas nikmat kehidupan yang aman dan makmur di Malaysia.  Beliau turut melahirkan simpati atas dua kejadian tragis yang menimpa Malaysia pada tahun ini iaitu kehilangan pesawat MH370 dan MH17. Tema kemerdekaan bagi tahun ke-57 adalah “Malaysia..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”.

                Ucapan diteruskan dengan ucapan oleh, En Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra. Beliau mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia, tanah air tercinta. “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”, lebih baik di negeri sendiri. Beliau mengharapkan agar semua warga SEDERAP menghargai pengorbanan dan jerit perih pejuang-pejuang kemerdekaan  membebaskan  tanah melayu daripada penjajah. Kita seharusnya bersyukur hidup dalam negara yang aman dan merdeka. Tanpa kemerdekaan kita hanya akan menjadi hamba orang lain.  Beliau juga berdoa agar Malaysia terus maju dan sentosa.

                Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan jalur gemilang kepada setiap wakil kelas. Perlancaran bulan sambutan kemerdekaan diteruskan dengan simbolik pemotongan reben pengikat banting kemerdekaan oleh En Sukimin bin Juki. Seterusnya perarakan masuk jalur gemilang bersama tokoh-tokoh kemerdekaan bersama jalur gemilang. Majlis dimeriahkan lagi dengan sketsa pendek laungan kemerdekaan oleh Ustaz Muhammad Afifi selaku Tunku Abdul Rahman bersama-sama tokoh-tokoh kemerdekaan yang lain.

                Di akhir majlis semua warga SEDERAP sama-sama menyanyikan tiga lagu patriotik yang bertemakan kemerdekaan iaitu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, Jalur Gemilang dan Tanggal 31.



Ucapan Guru Bertugas Pn. Zahrulhuda

Guru Bertugas Minggu Sebelum Pn. Suhaizan

Pn. Norwati mempengerusikan Majlis pelancaran Bulan Kemerdekaan


Ucapan Perasmian Pelancaran Bulan Kemerdekaan oleh Guru Besar En. Sukimin bin Juki 

No comments:

Post a Comment