Monday 25 August 2014

MAJLIS PERLANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Pada hari ini Isnin, 25 Ogos 2014 telah belansungnya Majlis Perlancaran Bulan Kemerdekaan bertempat di dataran perhimpunan SK Desa Pinggiran Putra (SEDERAP).           

                Majlis dimulai dengan ucapan oleh Puan Norwati selaku pengacara majlis. Puan Norwati memperingatkan kepada semua warga Malaysia supaya bersyukur atas nikmat kehidupan yang aman dan makmur di Malaysia.  Beliau turut melahirkan simpati atas dua kejadian tragis yang menimpa Malaysia pada tahun ini iaitu kehilangan pesawat MH370 dan MH17. Tema kemerdekaan bagi tahun ke-57 adalah “Malaysia..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”.

                Ucapan diteruskan dengan ucapan oleh, En Sukimin bin Juki, Guru Besar SK Desa Pinggiran Putra. Beliau mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia, tanah air tercinta. “Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”, lebih baik di negeri sendiri. Beliau mengharapkan agar semua warga SEDERAP menghargai pengorbanan dan jerit perih pejuang-pejuang kemerdekaan  membebaskan  tanah melayu daripada penjajah. Kita seharusnya bersyukur hidup dalam negara yang aman dan merdeka. Tanpa kemerdekaan kita hanya akan menjadi hamba orang lain.  Beliau juga berdoa agar Malaysia terus maju dan sentosa.

                Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan jalur gemilang kepada setiap wakil kelas. Perlancaran bulan sambutan kemerdekaan diteruskan dengan simbolik pemotongan reben pengikat banting kemerdekaan oleh En Sukimin bin Juki. Seterusnya perarakan masuk jalur gemilang bersama tokoh-tokoh kemerdekaan bersama jalur gemilang. Majlis dimeriahkan lagi dengan sketsa pendek laungan kemerdekaan oleh Ustaz Muhammad Afifi selaku Tunku Abdul Rahman bersama-sama tokoh-tokoh kemerdekaan yang lain.

                Di akhir majlis semua warga SEDERAP sama-sama menyanyikan tiga lagu patriotik yang bertemakan kemerdekaan iaitu Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, Jalur Gemilang dan Tanggal 31.


 









No comments:

Post a Comment