Wednesday 6 August 2014

MAJLIS PERSARAAN PUAN SITI HAJAR DAN SAMBUATAN HARI RAYA AIDIL FITRI PERINGKAT SEKOLAH

     Majlis Persaraan Cikgu Siti Hajar  dan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh    : 08 OGOS 2014 (JUMAAT)
Masa     : 9.40 pagi hingga 12.00 tengah hari
Tempat : Dataran Terbuka SEDERAP

Sehubungan dengan itu beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh setiap murid seperti;

1. Etika pakaian. Semua murid digalakkan memakai Baju Kebangsaan (Baju Melayu) dan baju kurung  dan kasut raya.
2. Membawa kuih muih dari rumah yang diletakkan dalam bekas bertutup.
3. Sarapan awal di rumah.
4. Membawa pinggan (bukan kaca) sendiri dari rumah.
5. Dialu-alukan untuk memberi hadiah persaraan kepada Cikgu Siti Hajar.(tidak diwajibkan)


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Disediakan oleh;

ROSDIN IBRAHIM
PK HEM

No comments:

Post a Comment