Monday 11 August 2014

Sambutan Hari Raya dan Majlis Persaraan Puan Siti Hajar bt Lebai Karim

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...


8 Ogos 2014 - Jumaat, hari dalam sejarah Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra (SEDERAP) mengadakan sambutan Hari Raya kali pertama dan majlis persaraan Puan Siti Hajar bt Lebai Karim. Alhamdulillah majlis dapat berlangsung dengan jayanya walaupun hujan turun dengan lebat dan hanya sekejap - hujan Rahmat. 
Majlis bermula jam 9.40 pagi dengan meraikan kehadiran Puan Siti Hajar dan diiringi Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Tn Haji Radzi bin Bainan serta Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki dan barisan guru penolong kanan, guru-guru dan murid-murid SEDERAP. Ucapan dimulai dengan ketua murid, Adik Abdul Syamir Iqmal bin Abdul Salim, tuan Guru Besar, ucapan persaraan Puan Siti Hajar dan ucapan wakil PPD Sepang. Majlis turut dihadiri oleh Encik Mohd Rosli bin Badri, Penyelia Sekolah Rendah (Murid), PPD Sepang dan para ibu dari Kampung Limau Manis.
Seterusnya persembahan daripada guru-guru praktikum - lagu raya dan penyampaian hadiah daripada murid, kelab kebajikan guru dan staf, dan guru-guru SK Desa Putra. Majlis diserikan dengan persembahan khas daripada rakan guru SEDERAP sepanjang penyampaian hadiah. 
Majlis diteruskan dengan acara santapan. Murid-murid menerima sumbangan makanan daripada pihak PIBG dan sumbangan duit raya daripada Kampung Limau Manis. 
Majlis kemuncak lambaian perpisahan daripada Puan Siti Hajar yang diarak dan diiringi murid-murid dan guru. 
Berikut antara gambar kenangan yang sempat dirakam :







     






Pihak SEDERAP merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya dan persaraan Puan Siti Hajar.
Didoakan semoga Puan Siti Hajar terus menabur bakti dalam bidang yang dicintai, sihat bersama keluarga dan panjang umur berjumpa lagi....



No comments:

Post a Comment