Monday 11 August 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-29

 LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-29

Tarikh : 11 Ogos 2014
Hari : Isnin
Masa : 7.40-8.10 Pagi
Tempat : Dataran perhimpunan SEDERAP
Kehadiran guru : 26/29
Kehadiran guru praktikum : 6/6

Guru bertugas : 1) Pn. Nurul Hidayah Bt Wahid @ Ab Wahid
2) Pn. Nor Sabariah Bt Awang Ngah
3) Pn. Norhafiza Bt Mohamad Ramdzan
4) Pn. Norwati Bt Mohammad Supian
5) Cik Salwa Bt Mohd Hadi

Guru tidak hadir : 1) Pn. Anis Farhah Bt Md Isa (Kursus DSKP)
2) En. Zulhilmi B Nawawi (Kursus DSKP)
3) En. Sukimin B Juki (Mesyuarat)
4) Pn. Umi Nazihah Bt Che Ghani (Cuti bersalin)
Laporan perhimpunan :
1. Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Norwati.
2. Bacaan Doa oleh pengawas bertugas.
3. Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh Pn. Nurul Hidayah.
4. Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.
5. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Norhayati mengenai pegurusan masa semasa waktu rehat
5.1 Terdapat sebilangan pelajar yang tidak sempat membeli makanan di kantin kerana perubahan jadual waktu rehat.
5.2 Pelajar dinasihatkan agar mengurusakan masa dengan baik waktu rehat.
6. Ucapan guru bertugas pada minggu ini oleh Puan Nurul Hidayah mengenai tema minggu ini (Lagu Negaraku)
6.1 Pelajar dikehendaki menjaga adab ketika menyanyikan lagu Negaraku.
6.2 Pelajar hendaklah berhenti bercakap dan berjalan apabila mendengar lagu Negaraku berkumandang.
7. Puan Nurul Hidayah menekankan 2 aspek yang perlu dipatuhi pelajar pada minggu ini iaitu:
7.1 Sentiasa menjaga disiplin sebelum masuk ke kelas dan ketika berada di dewan terbuka.
7.2 Setiasa menjaga kebersihan kelas. Pelajar diminta membersihkan kelas 5 minit sebelum balik agar selesa belajar pada hari berikutnya.
8. Perasmian Program Anakku Sayang yang dipengerusikan oleh Puan Shaazrina.
8.1 Program Anakku Sayang adalah program LINUS berkonsepkan anak angkat.
8.2 Ucapan perasmian oleh Puan Maznah :
8.2.1 Program Anakku Sayang merupakan program yang melibatkan pelajar tahun 1 dan tahun 4 yang belum menguasai  kemahiran membaca, menulis atau mengira.
8.2.1 Pelajar yang terlibat akan dibimbing oleh guru supaya dapat menguasai kemahiran yang dinyatakan.
9. Ucapan oleh GPK HEM, En. Rosdin:
9.1 Sebagaimana yang diketahui pelajar nama singkatan SK Desa Pinggiran Putra ialah SEDERAP yang membawa maksud seiring dan sejalan.
9.2 Setiap pelajar membawa mempunyai perwatakan dan perwatakan tersebut akan melambangkan sekolah.
9.3 Perwatakan seorang pelajar boleh dilihat melalui tingkah laku, perbuatan, percakapan dan cara pelajar berpakaian.
9.4 Pelajar perlulah membawa perwatakan yang melambangkan SEDERAP sebagai sebuah organisasi pendidikan yang cemerlang.
10. Hal-hal lain : Tiada 
Pelajar berhimpun di dataran perhimpunan SEDERAP

Nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan ikrar.

Ucapan oleh guru bertugas minggu lepas iaitu Puan Norhayati

Pelancaran Program Anakku Sayang

Ucapan oleh GPK HEM, Encik Rosdin.


No comments:

Post a Comment