Friday 29 August 2014

LAWATAN PERKHIDMATAN KESIHATAN SEKOLAH RENDAH

Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah Rendah dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah membuat lawatan ke sekolah ini pada 28 OGOS 2014 dari jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Kesihatan/Klinik sekolah. Pasukan ini diketuai oleh Dr. Norhafiza Mansor dan dibantu oleh PK Nor Yusrina bt Zulkifli bersama dengan 4 orang jururawat yang lain. Di antara perkhidmatan kesihatan yang telah diberikan khas kepada murid Tahun 1 adalah seperti;
       a. Suntikan Double Antigen, Meassels dan Oral Polio
       b. Saringan Penglihatan.

Dalam ringkasan laporan yang telah dimaklumkan oleh pihak Pasukan Perkhidmatan Kesihatan, mendapati bahawa tempat pemeriksaan yang disediakan amat selesa dan amat kondusif. Kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru amat baik sekali.

Bagi pencapai rawatan yang dijalankan, 87.5% murid Tahun 1 telah melakukan pemeriksaan iaitu seramai 56 orang murid daripada 64 orang murid keseluruhannya. Pada keseluruhan ini amat baik dan diharapkan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan. Bagi murid yang tidak hadir, pemeriksaan akan dilakukan pada tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Dalam sesi Saringan Penglihatan, didapati seramai seorang murid Tahun 1 Amanah yang perlu rawatan untuk cermin mata. Dicadangkan supaya pihak sekolah memaklumkan kepada ibubapa murid tersebut untuk membuat rawatan lanjut. Segala perkembangan rawatan murid ni perlu dilaporkan kepada pihak Pejabat Kesihatan.

Satu perkara yang amat membanggakan dengan lawatan pasukan Perkhidmatan Kesihatan Sekolah  telah memberi peluang keemasan kepada Pasukan Doktor Muda sekolah ini.  Mereka telah menjalankan aktiviti khidmat bantu seperti melakukan sraingan penglihatan, mengambil BMI dan mengawal disiplin murid. Ini memberi pendedahan yang amat berguna dari segi pengalaman
 dan pengetahuan Doktor Muda.

Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan pemeriksaan ini, khusunya kepada Guru Kesihatan, Guru Kelas, Guru Mata Pelajaran dan Guru Penyelaras Doktor Muda.

Disediakan oleh;
ROSDIN BIN IBRAHIM
PK Hal Ehwal Murid









No comments:

Post a Comment