Tuesday 19 August 2014

LAPORAN PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-30

Perhimpunan minggu ini dikendalikan oleh unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah

Tarikh:18 Ogos 2014
Hari:Isnin
Masa:7.40-8.10 Pagi
Tempat:Dataran perhimpunan SEDERAP
Kehadiran guru:25/30
Kehadiran guru praktikum:6/6

Guru bertugas:1) Pn. Rashidah bt Mahmad
2) Pn. Sha'azrina bt Mohd Imran
3) Pn. Suhaizan bt Che Osman
4) Cik Ili Syahirah bt Abd Ghani

Guru tidak hadir:1) En. Sukimin bin Juki (Mesyuarat)
2) En. Zulhilmi B Nawawi (Mesyuarat)
3) Pn. Ifahayati bt Ismail (Cuti sakit)
4) Pn.Jawahir bt Shahdan(Mesyuarat)
5) Pn Umi Nazihah  (Cuti bersalin)





Laporan perhimpunan
1.Nyanyian 3 buah lagu - Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah di bawah pimpinan Puan Norwati.
2.Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Azrie bin Abd Rahim (guru praktikum).
3.Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Pengguna Jalan Raya yang dipimpin oleh En. Zakaria
4.Bacaan Ikrar Murid oleh pengawas bertugas.
5.Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Puan Nurhafiza :
5.1 Adab semasa berada di kantin - pastikan mematuhi peraturan iaitu beratur semasa membeli makanan dan minuman serta jangan berebut.
5.2 Semasa rehat, pelajar perlu memperuntukkan masa dengan sebaiknya iaitu pergi ke tandas dan mengemas diri. 
6.Ucapan guru bertugas pada minggu ini oleh Cik Ili Syahirah mengenai tema minggu ini (Rukun Negara)
6.1 Setiap minggu Rukun Negara dibacakan. Rukun Negara satu ideologi negara.
6.2 Pelajar perlu menghayati dan memahami setiap satu perkara Rukun Negara.
6.3 jadikan Rukun Negara satu terapan nilai murni pelajar agar sayang akan negara.
7. Ucapan Puan Salamah bt Ismail.
7.1 Tekankan Rukun Negara kelima - Kesopanan dan Kesusilaan. Amalkan nilai-nilai murni seperti mendengar nasihat guru, mengikut peraturan sekolah dan terapkan nilai  kesopanan setiap masa.
7.2 Kehadiran pelajar ke aktiviti kokurikulum minggu lepas 92% - amat tidak memberangsangkan. Oleh itu, pihak sekolah telah mengeluarkan memo kepada ibu bapa. Beliau meminta pelajar dapat hadir waktu kokurikulum kerana latihan sukan telah bermula.









No comments:

Post a Comment