Tuesday 1 April 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KANAK-KANAK(WARGANEGARA) KE TAHUN 1 SESI PERSEKOLAHAN 2015/2016

1. Borang permohonan boleh diisi melalui aplikasi dalam talian (online)dengan melayari laman sesawang(web) Jabatan Pendidikan Selangor.  http://apps.moe.gov.my/esppsel/

2. Ibubapa perlu membuat Perakuan Permohonan tersebut di sekolah yang dipohon dengan membawa bersama cetakan borang maklumat permohonan serta dokumen -dokumen asal dan salinan seperti berikut;

i. Sijil Lahir/Sijil Anak Angkat asal
ii. Bil Utiliti (Bil Elektrik/Bil Air/Bil Telefon)
iii. Kada Penenalan ibubapa/penjaga
iv. Sampul surat Putih bersaiz 7x10(118cm x 250 cm) bersetem 70 sen.
v. Sijil Nikah
vii. Surat hak penjaga/Perintah Makahkamah (jika ada)
viii. Laporan Doktor  & kad OKU (jika berkaitan)

3. Bagi permohonan melalui borang sementara yang disediakan oleh pihak sekolah ini, telah pun didaftar secara online oleh pihak sekolah , maka ibubapa/penjaga perlu juga hadir ke sekolah untuk membuat  Perakuan Permohonan dengan membawa dokumen seperti perkara 2 di atas.

4. Tarikh  pendaftaran dari 1Mac 2014 hingga 30 April 2014

Disediakan oleh,

Rosdin bin Ibrahim
PK HEM 
SK Desa Pinggiran Putra

No comments:

Post a Comment