Tuesday 8 April 2014

Jemputan ke Mesyuarat Agung PIBG SKDPP Kali Pertama

Pada 5 April 2014 yang lalu, Mesyuarat AJK Penaja PIBG kali kedua telah berlangsung di Bilik Mesyuarat SKDPP jam 10.00 pagi. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh barisan pentadbir sekolah, AJK Penaja Guru dan beberapa orang AJK Penaja Waris.


En. Jailani, En. Rosdin dan Ustaz Zulhelmi
Guru Besar dan YDP Penaja PIBG


Antara AJK yang hadir











Beberapa perkara telah diputuskan di dalam mesyuarat tersebut. Antaranya ialah penetapan tarikh Mesyuarat Agung PIBG kali pertama, agenda mesyuarat dan jemputan perasmi.

Mesyuarat telah memutuskan Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama SK Desa Pinggiran Putra akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

      Tarikh               : 19 April 2014
      Hari                  : Sabtu
      Pendaftaran      : 8.15 pagi
      Tempat             : Dewan Terbuka SK Desa Pinggiran Putra

Sehubungan dengan itu, AJK Penaja PIBG SKDPP dengan berbesar hati menjemput semua ibu bapa dan penjaga anak-anak SKDPP untuk hadir dan memeriahkan majlis yang akan diadakan. Semoga kehadiran tuan/puan akan memberi banyak manfaat kepada PIBG sekolah kita.






 


No comments:

Post a Comment